Khamis, 8 Disember 2011

9/12/2011

Assalamualaikum!

Masih dalam mood cuti sekolah! Otak masih blurblur lagi untuk menghadam fakta-fatkta sejarah. *winkwink* . Minggu ni baru ada kat rumah. Minggu sebelum ni memang tak lekat kat rumah. Ayah ajak jalan, kita jalanlah..

Hmm.. Aktiviti sepanjang cuti sekolah? Jalan-jalan. Tengok tv. Menghadap komputer. Sidai kain. Basuh pinggan. Memasak dan buat homework. Homework? YE! Homework! Cemburu dengan Mamat Epan! Dia duk relax aja terbongkang depan televisyen! Sakit hati! Tapi takpe, dia kena pergi kelas tambahan! HOHO!


munasabah tak bagi alasan ni? kihkih..

Pape pun aku still nak siapkan homework! Homework itu penting! Dapat menjamin masa depan yang cemerlang,gemilang dan terbilang! Cehh!!

Ibu selalu cakap yang aku bangun lambat. Lambat ke? Aku rasa aku bangun dah cukup awal kott! Pukul 6 lebih aku dah bangun. ----> Pastu aku tidur balik. hehe.. Bangun kali kedua tu dalam pukul 8 lebih cam gitu lah. Tak adalah lambat kan? Kan? So, kalau orang tanya aku bangun pukul berapa? Aku akan jawab pukul 6 lebih.. *bangun kali pertama.

Sekarang ni aku dah rajin tolong ibu memasak kat dapur. Dulu, boleh bagi alasan tak turun dapur sebab sekolah petang. La ni, kalau bagi alasan tak turun dapur sebab menghadap komputer, dah sah-sah kena piat telinga!

Ada sekali tu, nak hiris bawang, terhiris tangan. Ibu cakap berunsurkan perli, ' bawang tu tak cukup ke sampai nak hiris tangan? ' . Aku cakap, ' Bu, jangan lah marah.. tangan orang ni tengah sakit.. ' Ibu ketawa aje. Ada ke patut?!  Lepas tu aku cakap  ' Lepas ni ibu pulak buat kontrak potong-memotong ni. Orang basuh pinggan aje.. ' . Tak de maknenya. Sebab time tu semua bahan-bahan dah habis dipotong. Tinggal nak masak aje. Pinggan tak habis berbasuh lagi. Jadi, aku lah kena basuh pinggan, cawan , mangkuk tingkat tu semua. Alahai.. anak yang rajin lah katakan.. HUHU..

Sambil basuh pinggan sambil dengar radio. Sambil nyanyi. Nasib baik sore sedap! Boleh menang award. HAHA. Tapi, rasa cuak jugak. Sebab, orang dulu-dulu kata kalau nyanyi kat dapur, kahwin dengan orang tua. Betoi ka?

Khamis, 1 Disember 2011

2/12/2011

Assalamualaikum!

Mintak tolong boleh tak?
Tolong jangan kaitkan aku dengan si 'Microphone' tu?
Abaikan aja dia tu!
Terima kasih di atas kerjasama yang anda berikan.

baik aku gi melalak kejap! hilang tension!

Selasa, 29 November 2011

30/11/2011

Assalamualaikum!
Hari ni joging dengan Mamat Epan.
Penat berjoging,  lagi  penat  dengar Mamat membebel!
Aku siap lambat.
 # Ada hal yang tak dapat dielakkan.. Mamat mana tahu!
Psstt.. aku tak mandi waktu joging.
Joging, peluh keluar.
So tak de lah alasan ye , badan berbau! HAHA

Tengah berjoging, ternampak seekor anjing.
Anjing besar WOO!!
Aku lintang-pukang lari!
Mamat steady aje. Dia cakap anjing tu tak kejar.
Nasib baik! Kalau tak, jadi arwah dah!   *mulut tak baik!
Pusing padang beberapa kali. 
Bertembung dengan makcik-makcik yang berjoging .
Rasanya diaorang keluar lagi awal.
HEBAT! Usia dah meningkat pun masih larat lagi pusing padang!
# Tabik salute lah!

Cukup 45 minit berjoging, kitaorang balik.
 Kitaorang keluar paling awal. Kitaorang jugak balik paling awal!
Mamat kena pergi tuisyen kat sekolah.
Aku kena buat homework yang bertimbun tu!
Tahun depan UPSR, masak lah dia!
Nasib dia sama dengan aku dulu!

Tu sebab dia pulun main komputer  tahun ni awai-awai.
Kalau tahun depan, jangan kata nak main komputer , nak sentuh pun tak boleh.
Kecuali kalau berkaitan dengan pelajaran.
Kawalan ketat dari Komander Rozida!
Dibantu oleh Sarjan Fathin. HAHA *ketawa zalim
Jangan harap aku nak bagi kau senang-lenang main komputer!
Baru kau tahu apa itu erti penyesalan!

Khamis, 27 Oktober 2011

Mercun!

Assalamualaikum!


HAPPY DEEPAVALI! Aku cuti seminggu!!! HOHO !! Mariah Carey (meriah) betul depa sambut Deepavali no! Bising tak hengat! Kebetulan aku sambut Deepavali duduk kat rumah angah (kakak sepupu). Memang superbb gila diaorang main mercun. Main lontar cam gitu aja dari tingkat 14! Kalau mercun POP-POP tu, aku takdak lah kisah sangat... Ini, sekali depa tibai baling mercun bola! Berani mati betoi! Mau nya kena orang ke kat bawah tu? Berlubang kepala kawan tu. Ingat senang ke nak ganti balik?  Kalau ada jual dua singgit kat pasar takpe jugak! Haishh!!! 



 Pastu depa tibai pulak buat pesta mercun! Block sini bunyi.. POM! POM! POM! Block sebelah kiri pulak bunyi TOM! TOM! TOM! Sebelah kanan pulak ... BOM! BOM! BOM! Itu belum kira lagi blok depan dan belakang. Mula2 aku dok tengok jugaklah kemeriahan mercun tu. Lama-lama boleh jadi migrain aku! Bising bangaaattt!!





So, apa yang perlu kita buat ialah tutup telinga! Buat derk ajer.. Aku main SAIDINA lagi bagus!

Kayo den ni haa!!!

Sabtu, 22 Oktober 2011

Black-out! Seraamm!!!!

Assalamualaikum!

Semalam buat aku hilang arah sekejap! Hujan lebat gila! Nak dijadikan cerita, semalam aku balik dari sekolah. Kononnya happy lah final exam dah tamat. Tengok, kereta kat garaj takde. Maknanya, aku kena tinggal sorang sementara lah. Oh, itu tidak jadi masalah.. Dah biasa dah.

Masuk rumah, bagi salam! Itu perkara yang wajib. Assalamualaina waala ibadillah hissolihin.. Salam diberi. Kebetulan, aku masuk je, bunyi bang. So, pergi ambil wuduk dan solat! Tak baik melengah-lengahkan waktu solat. Kan? Kan? *bajet alim

Selepas solat, aku ingat nak panaskan kari ayam dan buat telur dadar. Ibu pesan tadi. Ibu cakap ibu on the way nak sampai rumah. Perut aku ni dah mula dah! Dia buat konsert rock kapak! Tak boleh jadi ni, harus segera memberhentikan nyanyian dia yang sumbang tu! Kriukkkk.... Kriukkk.. Dia dah mula dah!

Aku buka telekung dan tiba-tiba.. TumMM!!! Kilat menyambar. Serta-merta pandangan menjadi gelap! Ah sudahhh.. Black-out woo.... Nak capai torchlight, tak jumpa. Jadi, aku pergilah kat pintu luar untuk mencari cahaya. Yang peliknya, rumah aku sorang je yang black-out. Aku beristighfar, menenangkan diri. Ikutkan hati, rasa nak meraung aje. Almaklumlah, aku nikan penakut!

Ehh!! Aku lupa nak cakap. Telekung, aku tak sempat bukak lagi. Nasib baik tak de sape yang lalu kat jalan raya depan rumah aku tu. Kalau tak, mesti diaorang ingat aku ni ha.nun.ta.wau! Dengan telekung yang serba putihnya, dok berdiri dekat depan pintu dalam keadaan yang gelap. Nauzubillah!

Otak aku berhenti berfungsi. Pergi situ tak jadi, pergi sana takut.  So, aku decide pergi ke telefon rumah. Nasib baik ada sikit cahaya. Dengan harapan, line tak putus. Terkial-kial aku dial no. ibu. Tut.. tut.. tut.. Memang seram gila! Bila ibu angkat telefon, aku cakap dengan suara terketar-ketar. Ibu suruh aku naikkan main suis elektrik tu. Nampak sangat aku takde experience black-out. Sebab, selalunya ayah yang akan naikkan benda alah tu.

Dengan ketinggian yang aku yang terbantut ni, dah sah-sah lah aku tak dapat nak capai main suis tu. Terpaksalah aku panjat kerusi. 1...2..3.. Mana satu suisnya nih? Lepas tu, aku pegang satu suis ni. Dengan harapan, ini suis yang betul sebab dia ada kat hujung sekali sebelah kiri. Finally, i've got that switch button. Aku naikkan, dan teng..teng..teng.. Keadaan rumah menjadi cerah semula! Satu persatu lampu menyala.  Alhamdulillah..

Lepas ni, aku akan pastikan torchlight akan menjadi bodyguard aku selain daripada air Solivite Oren. Yeah! Serik weyh,, duduk dalam gelap! Maghrib pulak tu! Ampun!! Nasib baik hari tu malam Sabtu bukan malam Jumaat.. Kenapa kalau malam Jumaat? Heh, aku pun tak tau!

p/s : kalau korang kena macam aku, don't be panic ok! Butang suis tu ada kat sebelah kiri hujung sekali. Naikkan je yang tu. Naik untuk on, turun untuk off!  Ye!:P

butang yang biru tu! tapi, kalau dah gelap, camne nak nampak warna dia kan? haishhh!!!

I'm Backk.. Hello readers!!

Assalamualaikum!

Tengok  post  lama. Anda  telah  meng-update  entry  baru  pada  3/10/2011.  Dekat  20  hari  jugak  ye?  Lama  jugak  aku  tak  menghiasi  blog  ni  dengan  entry   baru. keh..keh..keh.. *bajet ada yang nak baca entry aku!

Hehe. Nak  final  exam  lah katekan. Stop lah berblogging dulu. Pulun study habis-habisan! Bukan apa, nak type entry baru  pun macam dah tak larat dah. Otak ni dah tepu dengan macam-macam fakta yang diingati last minute. HOHO. *tutup muka dengan buku, tak mengaku!

Tapi, kalau nak kata aku sekat semua rutin harian tu taklah. Setakat berfb tu selalu jugak. Nak release tension lah katakan.. Maklumlah nak kejar bonus punya pasal. Tu yang tak miss hari main game Coco Girl. Tapi, chat box, harus di offlinekan. Kalau aku online, berduyun-duyun aku nak chat ngan  orang nak chat ngan aku. HIHI. Alamatnya, berkurun jugaklah aku tinggalkan buku rujukan yang setinggi Gunung Himalaya tu.

Exam dah habis. So, buat sementara waktu ni, aku separuh Merdeka la~~. Dapat cuti seminggu woooo!!!! Menangis  tak berlagu Mamat Epan tu! Jeles ngan aku! Dia dapat cuti 2 hari aje. Aku pulak dapat cuti mengalahkan orang sambut Deepavali. Bukak sekolah, dapat result! Time tu, sure aku pulak yang menangis tak berlagu! Seramm...

Last Paper ni, Sejarah dan Sains I , oklah. Takut jugak kalau aku kantoi paper kali ini! Nauzubillah.. Minta dijauhkan.. Amin.

Hmmm.. List to-do sepanjang cuti ni,
-Baca novel.
-Qada' tido
-Berfb
-Blogwalking
-Tolong ibu bersih dan kemas rumah *senarai pilihan yang terakhir.. hihi

Lama jugak aku tak blogwalking. Lama tak jenguk blog kawan-kawan. Blog Haslin , Akma ,Kak Azlina , and Makcik Iffah pun dah maju. Cepat diaorang keluarkan entry baru. Gheenduu.... nak  baca novel. Campur tolak darab bahagi,ada lagi 4 buah novel yang tidak diselak. Masa untuk membaca novel.. Daaa...

p/s : Charger camera mengajok ngan aku. Dia buat hati ku rawan kejap. Mana dia sembunyi ekk? Kalau korang ada jumpa, inform A.S.A.P kat aku!

Isnin, 3 Oktober 2011

Assalamualaikum!

Kehadapan kekasihku...buah hati pengarang jantung limpaku....


Bukan niat den untuk mengabaikan dan meminggirkan dikau wahai kekasihku Incik Fesbuk....dan bukan niat den juga untuk tergedik-tergedik terjatuh cinta dengan kekasih baru...

Ini semua adalah akibat ketidaksengajaan dikau wahai kekasihku Incik Fesbuk...yang telah menuduh den asik poke mengepoke aje kejenye ketika den bersamamu dulu...sehingga suatu hari ekau telah betul-betul menghempok den...adeh!


Ketika itu...den cuba menyelamatkan diri daripada hempokan mu itu wahai Incik Fesbuk....Masihkah kau ingat ketika itu di dalam hujan rintik den berlari-lari keanak-anakan untuk menyelamatkan diri...


Tetiba....jeng...jeng...jeng...ecehh!


 Hadirnya seseorang telah menyelamatkan den dari hempokan mu itu....ketika itu dalam hati den terdetik...agak encem gak dio nih...heh!....dan beliau telah memperkenalkan diri beliau sebagai Incik Blog...


Akibat daripada peristiwa itu den telah tergoda dengan Incik Blog yang lebih encem itu...hehehh....Walau bagaimanapun den tetap sayangkan ekau wahai Incik Fesbuk...lagipun den baru menduakan aje...belum lagi mentigakan dan mensepuluhkan ekau lagi wahai Incik Fesbuk...den tetap akan berdating ngan ekau gak...walaupun tak selalu macam dulu...yolah den mana ada banyak maso lagi skang nih..mana nak layan ekau...mana nak layan Incik Blog lagi...huhu


Itu ajelah den nak kabor...harap ekau mengerti wahai kekasihku Incik Fesbuk...


Sekian...
                                                                                                     Den yang menurut perintah,
                                                                                                                    ~ DEN~


p/s  pecah kaca pecah gelas..
       sudah baca harap balas..

 
p/s : Hari ni secara rasminya aku dah ter 'khianat' kempen ' Hidup Copy tanpa Paste' anjuran ANYNOMOUS . HOHO.. Copy paste dari UNGU VIOLET . :)

Isnin, 26 September 2011

Jom Belajar SEJARAH!

Assalamualaikum!

Tak de maknenye! Ini adalah tagline atau ayat keramat aku. Jadi tidak dibenarkan sesiapa pun men 'cilok '  . meng 'ambil' , men 'curi' atau seangkatan dengannya. Jikalau anda mengingkar 'HUKUM KANUN FATHIN'  atau peraturan, anda akan disabitkan bersalah di bawah akta 1 juta. Jadi, selamat datang ke dalam bilik berpintu tiang gerigi besi. Hua.. Hua.. Hua..

HAHA. Sungguh melampau imaginasi aku. Aku main-main ajelah. Gilalah! Kalau macam tu, Akma yang selalu men 'cilok' ayat aku tu dah lama jadi penghuni bilik berpintu tiang gerigi besi. Tak pasal-pasal nama dia buat kali keduanya dimention kat sini.

Lagi satu, sejak bila pulak wujud HUKUM KANUN FATHIN ni? Kat buku teks Sejarah ada tak? Ke korang ter 'skip' baca part tu? Haiyaa!!  Pergi ambil balik buku teks Sejarah! Selak page tu balik! Point-point wujudnya HUKUM KANUN FATHIN itu harus dan mesti diingati dan dihafali (?) sekiranya anda mahu lulus subjek Sejarah Hidup Fathin. Itu pun kalau korang nak ambil subjek tulah.

Ahh!! Tak de maknenyelah, HUKUM KANUN FATHIN segala ni. Hukum Kanun Melaka pun tak sempat khatam lagi. Inikan pulak nak ambil subjek yang tidak berkaitan dengan korang. Kalau berkaitan pun, bagi certain-certain people ajelah. Harap maklum.

OK. Berdasarkan Sejarah Hidup Fathin ni, nampaknya, hari ni Fathin sudah berumur 21 tahun 11 bulan dan 27 hari. (tahun diterbalikkan. maklumlah, perasan diri tu dah besar!). Huuu... nampakanya lagi 3 hari Fathin nak masuk 22 tahun. Eksited nyer! Bangga, Bangga! HAHA..

Maknanya, (baru sekarang ada makna) Fathin sudah 21 tahun 11 bulan dan 27 hari (tahun still lagi diterbalikkan.) bernafas di bumi Allah ini. Syukur , Alhamdulillah. Terima Kasih Ya Allah kerana memberikan ku peluang untuk menikmati dan merasai hidup di dunia ini. Amin.

Fathin Nur Syakirah. Indah sungguh maksud nama aku. Bijaksana, Cahaya, Bersyukur. Tulah sebab, classmates aku selalu sangat panggil
'' Fathin! ''
Aku tahu nama aku sedap. Tu sebab Akma dan Izza  selalu mention nama aku dalam blog diaorang.Terharunya!! HUHU. HAHA. Perasan lebih aku ni! Tapi yang boleh  membuatkan telinga berdesing kadang-kadang bila sesetengah orang yang tidak mempunyai sivik panggil aku 

'' Ikan Patin! ''

Ingat aku ni spesis atau keturunan ikan ke apa? Haishh!! Orang cam gini, elok diberi makan cili api giling! Susah-susah ibu dan ayah aku tak tido malam memikirkan nama yang sesuai untuk anak sulung mereka ni.

Senaraikan apa persamaan antara kedua-dua nama ini. 10 minit selepas itu.
Tak samakan? Ejaan pun lain! Jadi, don't try to call me ' Ikan Patin' or whatever!

Sesi pembelajaran sudah habis ye pelajar semua! Jadi sudah sematkan di kepala anda, Sejarah-Sejarah Hidup Fathin? Dah hafal? Jom Test!

Soalan pertama,
Apakah warna kegemaran Fathin?

Soalan kedua,
Berapa banyakkah bilangan novel yang telah dikumpul oleh Fathin?

Soalan ketiga,
Apakah nama novel yang pertama dibeli oleh Fathin?

FAILED, FAILED, FAILED!

Sabtu, 17 September 2011

Assalamualaikum!

 Terus terang aku kata, mood aku sekarang ni, tengah bengang! Giler-giler punya bengang dengan budak tiga  ekor ni! Diaorang suka ganggu hidup aku yang aman damai makmur sejahtera ni. Arghhh!!!.  Kenapa aku tak ada geng nak kenakan diaorang ye? Mamat Epan pun satu, apehal dia bersengkongkol dengan diaorang?!! Arghh!!! Terganggu nya hidup!

Hobi utama diaorang bila berjumpa, adalah membalig bantal! Bergaduh! Dan yang jadi mangsa utamanya adalah.. AKU! Merana hidup aku.. Huwaaa...

Tak pe-takpe. Bak kata orang dulu-dulu.. Ada ubi, ada batas. Ada hari aku balas! Ada lori ada kereta, ada hari korang pulak yang merana! HAHAHA!!

Memandangkan sekarang ni aku tengah guna laptop si Aiman senget ni, apa kata aku buat jahat sikit? HEHE (ketawa jahat)~ Jom kita gi skodeng apa yang ada kat laptop dia ni.

AHAAA!!!!

Aku tak jumpa apa-apa pun ! Hampehhh betol! habis selendang yang aku pakai rosak gara-gara budak tiga ekor ni!!! huwaaa!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Khamis, 15 September 2011

15/09/2011

Assalamualaikum!

Hari ni, (sepatutnya petang tadi) aku akan menonjolkan (atau menunjukkan?) diri aku yang tak berapa nak berani di khalayak ramai. Mendeklamasikan sebuah sajak yang bertajuk AKSARA MERDEKA. Maskud AKSARA , pengisian. Ayat agak skema, mungkin dah terkena virus bersajak kot? Macam hebatlahkan tajuk die. Huu..tapi, penyajaknya tangkap muat jer. HEHE.  Semuanya kerja last minute. Jadi hasilnya pun last minute jugaklah, baru dapat tepukan daripada penonton.? Ok, ayat tak berapa nak betul. Biarkan.. battery laptop nak abis, maleh nak gi charge  =.=' ..

Tapi, tadi memang tabik gilerr lah kat  Maizatul Akma Mahat. Dia punya penghayatan bersajak.. Fuhh.. mendalam sungguh. Tambahan pula, dengan suaranya yang lantang, merdu dan seakan sayu itu. Memang penuh dengan penghayatan lah! Terpana aku mendengarnya. Huaargh!! Jeles! Jeles!  HUHU. Akma, jangan marah ye.. gue ngomong nya yang benar dong.. Mmm.. Hmmm.. Huuu... Mintak duit syiling! HAHA

Ku sangkakan hari ni hujan, tapi panas terikk gila! Ku juga sangkakan hari ni ada latihan drama, tetapi telinga aku ter-berlatih mendengar budak-budak kelas bising adalah! Nasib baik latihan drama tak de hari ni. Kalau tak, mati den ni hah!

 Yolah ek, walaupun sekadar menjadi ketua kumpulan  tuan director tak bergaji, mana boleh duduk atas kerusi sambil bergoyang kaki nyanyi lagu CINTA MUKA BUKU aje. Kenalah aktif sikit mengerah tenaga  anak-anak buahnya .  Pantang biras mak sebelah nenek tiri , kiranya empat pupu dengan akulah,  kalau orang duduk saja-saja! Atau sebenarnya membuli? HEHE (ketawa jahat)


 Watak Mak Limah ni pun satu! Asyik membebel je memanjang. Sekali cakap, tak henti-henti. Pot Pet.. pot pet..  Sian Jamilah anak die, kena dengar aje leteran aku ni (Mak Limah). Kalau watak kau tu wujud, mesti fenin nak mendengarnya kan, kan?

Ni pun lagi satu buat aku fenin ni. Tidur aku tak cukup 8 jam. 6 jam pun tak sampai kot. Lepas sahur, terus tak sambung tidur. Berusaha untuk menghatamkan sebuah novel , HERO. Ni semua Afiqah punya pasai. Kalau tak, tahun depan pun belum tentu aku pulangkan.

Berpuasa dalam bukan bulan puasa memang banyak dugaan. Tambah pulak, sepanjang minggu ni aku bertugas kat tempat jaga air. Memang tergugat iman lah!

Bye-bye. Selamat Sejahtera, kalian semua!

*terus terang aku kata, ayat aku hari ni memang sejibik macam novel-novel yang aku dah susun kemas, pastu datang pulak si Mia, berselerakkan. Tunggang-langgang gila!.


Ahad, 11 September 2011

Raya 2011

Assalamualaikum!

Dah cukup beraya dah? Tak cukup lagi? Aikk! Takkan sebulan pun tak cukup lagi. *samelah ngan orang yang bertanya tu. Aku pun lepas ni nak gi beraya jugak. Nak kumpul duit RM 1 dalam sampul surat. Walaupun hakikatnya, aku boleh dikategorikan  tak layak nak menadah tangan meminta  duit raya! HUHU

Amacam raya tahun ni? Best? Wah, Wah! Beraya sakan ye? Duit raya dah dapat kumpul berapa dah, adik-adik? Mesti banyak kan? Belanja la sikit. Jangan kedekut sangat. Tak kemananya duit tu, kalau bukan ke poket Fathin Nur Syakirah. kan? kan? HEHE

Banyak lah soalan nak tanya. Tapi, disebabkan takut tangan nanti hilang kelincahannya (tak sure ada ke tak ayat ni dalam kamus dewan edisi kelima. sebab aku ambil dalam kamus dewan bahasa edisi ke 100.) , aku buat point ajelah!

  • Duit raya ada berapa? (soalan yang biasa ditanya)
  • Kuih raya berapa jenis? Buat ke tunjuk aje?
  • Baju berapa pasang? Jahit sendiri, tempah, atau siap beli?
  • Baju raya corak dan warna ape? (teringat aku dalam cite Raya Tak Jadi! Dari baju, kain langsir, ke cadar.. satu pattern jer. Jimat lah katekan.)
  • Raya tahun ni best ke tak?
  • Puasa penuh?? Kalau tak penuh, alamatnya raya pun janganlah penuh sampai sebulan.. Dan, jangan buat-buat lupa untuk mengganti!
  • Apa aktiviti yang korang buat waktu raya ni?
  • Apa juadah Hari Raya?
  • Tolong tak mak korang layan tetamu? Ke korang jadi tetamu jugak?
  • Ada tolong mak korang bagi duit raya kat tetamu tak? *ada tercilok duit raya tu tak? HEHE
  • Mercun berapa kotak?
  • Habis modal nak tanya?
Raya tahun ni best ke tak? Jawapan aku bestlah jugak.. Frust tahun ni! Ayah boikot , tak nak beli MERCUN!!!

Aku : Ayah nak beli satu benda boleh?
Ayah : Satu je? Tak nak banyak? Benda apa?
Aku : Mercu......
Ayah : Tak boleh!
Aku : n..
Aku : Alah!
Ayah : Nope! Nope! Membako duit tau tak?
Aku : Mercun Pop-Pop pun tak boleh?
Ayah : T.A.K. B.O.L.E.H
Aku : Bunga api besi?
Ayah : T.A.K. B.O.L.E.H
Aku :  Bunga api warna merah pun, takkan tak boleh kot?
Ayah : Enggak bisa!
Aku : Kalau camtu,  orang nak beli bunga mawar ngan lighter lah! Mawarkan warna merah. Pastu kita bakar ngan ligter. Jadi bunga api merah.
Ayah : Apakah...??!!
Aku : Hanya mampu untuk menunjukkan PEACE!

____________________________________________________________

Aku : Mamat, kau tak boring ke? Tak de mercunlah!
Irfan : Takpe, orang boleh mintak kat Naim ngan Aiman
Aku : Kalau cmtu, bak sini bola Nike kau tu?
Irfan : Nak buat apa? Nahee.. Nahee.. (Tak boleh) Selagi orang tak rasmikan bola tu, tak da sesiapa boleh sentuh!
Aku : Alaa!! Duit raya kau bukan ke banyak? Beli lah satu lagi. Kaklong nak bako bola kau tu. Sekali dia meletup, bukan ke gempak? Sebijik cam mercun bola!
Irfan : Lagi gempak kalau kepala kaklong benjol kena baling ngan bola orang ni!
Aku : Nak bergurau sikit pun tak boleh!

__________ Direka oleh Mak Limah a.k.a Fathin (bagi sesiapa yang tau)_______

Raya tahun ni aktiviti kitaorang berbeza. Kitaorang main perang buah getah aje. Petang tu gi hutan ramai-ramai  cari buah getah (dua kumpulan). Kumpulan aku, iaitu kumpulan Profesional ('Pro' lah sangat!) and kumpulan budak lelaki! Aku, Iffah , Asma' kitaorang  berperang sampai dapat kena kat orang yang ditarget. Mula-mula, aku kontrol ayu. Baling pun slow-slow aje. Yelah dah besarkan, ada ke patut dok terkinja-kinja baling buah getah tu? Makin aku slow, makin banyak buah getah kena kat aku. Memang tak boleh jadi! Last-last, aku baling itu buah getah, sambil melompat sambil menjerit! HOHO


 Berperang punya berperang ,sampai benjol sebelahlah kepala aku dan bibir terpecah sikit. No hal punyalah! Aku kan kuat cam Gorilla! (???)  Tahun lepas, tak dapat nak enjoy sangat sebab minggu kedua lepas raya, ada exam. Tahun ni pun sepatutnya, tak de aktiviti nak buat. Ni pun main hari raya ketiga. Yang perempuan dok rumah ,  buat kontrak air. Yang laki, pegi beraya kumpul duit raya? Ada ke patut?

Yang aku tak boleh lupa, time kitaorang main bunga api. Bunga api ada lah dalam sekotak. Pastu, entah macam mana, api bunga api (???) aku tepercik kat seikat bunga api tu. Mula2 satu bunga api terbakar. Last-last, semuanya berjangkit. Membazir aje bunga api tu.  Bila semua orang pandang aku, HEHE. Buat don't know ajelah!




Tema Raya tahun ni. Oren Coklat Tanah.









Jumaat, 19 Ogos 2011

Ramadhan + Syawal

Assalamualaikum

Pejam celik, Pastu pejam balik, kemudian celik balik , last kali.. terpejam sampai ke pagi.. huhu

Sedar tak sedar, hari ni dah masuk hari yang ke-20 umat Islam. Tinggal beberapa hari aje nak raya. Wah! Bila sebut pasal raya mesti korang dah terbayang-banyangkan makan lemang, ketupat, rendang dan macam-macam lagilah juadah hari raya.

Tapikan, aku terpikir jugak, kalau yang raya kat kapal tu makan apa ye? Takkan nak bakar lemang atas kapal tu? Tak terpadam ke api kalau terkena dek angin? Teringat pulak pakcik aku ajak pergi beraya kat atas 'rumah terapung' dia. Menu utama, paus masak kicap, ketupat kuda laut, rendang tok jerung, air mata duyung dengan jeli. Mesti sedap hingga menjilat kaki. Tapi, agak kecewa jugaklah, dugong panggang tak de. :(

Cepat betul masa berlalu. Aku rasa baru semalam ibu kejut bangun sahur untuk hari yang pertama. Mungkin sebab sepanjang puasa ni aku ada exam. Rutin harian adalah, bangun tidur, pergi meja makan, kemudian, naik atas menghadap buku dengan mata kuyu. Pastu, solat subuh..  Sambung tidur balik. Bila dah bangun, mandi , siap-siap pergi sekolah. Balik sekolah, berbuka. Lepas berbuka , bersedia untuk solat terawih. Tidur aku tak cukup 8 jam. = ='  .

Apa persediaan untuk raya? Perut yang kosong  minta diisi. hehe.. Yang lain semua dah beres. Sedih jugak, bulan Ramadhan nak abis. Sepatutnya, nak dekat akhir-akhir bulan Ramdhan nilah kita kena 'pack' kan masa kita dengan berzikir, membaca Al-Quran , sembahyang sunat.. Baru bulan Ramadhan dapat dipenuhkan  dengan aktiviti-aktiviti yang  bermanfaat. Ni tak, bila bulan Ramadhan nak abis, sibuklah ingatkan raya. Langsir tak siap. Kuih tak buat lagilah. Alamak! Baju raya tak tempah lagi.. Ish ish ish..

Bila time raya lagi kalut. Budak-budak sibuk nak mengumpul duit raya. Diulangi BUDAK-BUDAK. Berkonvoi diaorang jalan kaki, pegi tawaf satu taman perumahan. Pergi rumah orang bagi salam. ''Assalamualaikum, kami datang nak mintak duit raya! ''. Sungguh straight to the point. Agak-agaklah, bagilah ayat  yang berkias-kias sikit. Macam ni ke, ''Assalamualaikum. Kami datang ni ada hajat. Kami ingin mengopak duit tuan rumah! ''. Sekurang-kurangnya, tuan  rumah akan terus tutup pintu. Baru best! Datang rumah orang, hari raya yang ke 29. Lepas tu, datang bukan sorang dua aje. Tapi, sebas. Ada ke patut?

Apa-apa pun, Selamat menyambut Ramadhan ye, teman-teman. Semoga Ramadhan kali ini diberkati dan korang dapat mengumpul lebih banyak pahala daripada sebelum ini.

Dan untuk bulan Syawal pula. Selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri. Semoga Syawal kali ni lebih gembira dan teruskan usaha mengupul duit raya. Chayokk!! Jangan main mercun. Kalau nak main mercun, make sure korang dah bayar insurans. Karang kalau tangan terputus, sapa nak cover? Mak ngan ayah? Memang diaorang akan cover. Tapi, sebelum tu, pasang perisai dulu. Sebab aku tak yakin yang korang akan terselamat daripada ditembak dengan bertubi-tubi das tembakan dan disembur! hoho

* Lepas ni aku nak qada balik tidur aku dengan berkuak lentang di atas katil. Wah!!! Bahagianya..... ZZZzzzz...

Isnin, 11 Julai 2011

reaksi ketika membeli..

Hachumm!! Hachumm!  Hachumm!! Hmm..! Ni sudah mula terbersin ni. Jauhkanlah aku daripada demam. Amin. Dahlah aku ni jenis anti-ubat. Aku tak rela nak makan ubat2  dengan pil. Tak rela! Huhu..
Ni, aku nak tanya. Korang suka tak membeli? Pantang nampak barang yang korang suka, mesti sambar cepat-cepat. Ala-ala kucing hilang anak,pastu jumpa balik. Hehe. Barang apa yang boleh buat gadis-gadis jadi gila/tak tentu arah? Alat-alat kosmetik? Gincu, pemerah pipi, tak pun pembayang mata. Ataupun baju dan maxi skirt yang up-to-date.  Shawl-shawl yang meriah? Lilit sana, lilit sini ala-ala Hana Tajima? Novel?? Huu.. samalah kita. Give me 20! *kalau tak cukup jari, campur sekali jari kaki*
POPULAR? MPH? Fuh. Kedai-kedai ni telah berjaya membuat aku jadi terlebih dos menggedik. Kalau tengah time durian runtuh, alamatnya novel yang dibawa keluar. Kalau tengah pokai, lalu-lalang je kat depan kedai buku ni.*buat catwalk.hehe* Takpun, sekadar cuci-cuci mata tengok novel-novel yang terbaru.
Biasanya, aku akan survey dulu novel2 terbaru dekat facebook page, “ Kelab Peminat Novel “. Page ni akan post novel2 terbaru disertakan dengan sinopsisnya sekali. selain daripada alternatif ni, aku akan pegike keda buku tu, dan baca sinopsis dekat belakang buku. Cover-cover yang telah menarik perhatian aku, akan ku capai. Nasiblah. Hehe.Kalau time2 tengah pokai, alamatnya kirim salam sajalah. Biasalah, student macam aku ni harapkan duit tabung ataupun duit saku saja.
Ekspresi atau reaksi aku? Mula-mula, pergi ke kedai tayar. Tanya dekat abang tu, novel ada jual tak bang? Siap sedialah engkau dengan penampar yang akan diberikan! Haha. Kejam betul! Flashback balik.. Mula-mula aku pergi dekat kedai buku. Ligatlah jari-jari aku memilih novel. Jari tunjuk novel A. Tangan capai novel B. *jari aku ala-ala witch gitu*
Aku akan membaca sinopsis buku-buku yang menarik. Aku suka buku yang kelakar. Aku suka juga buku yang sedih. Meleleh air mata aku bila baca karya Siti Rosmizah. Memang gila-gila punya sedih lah. Biasanya bila baca novel yang sedih, aku akan duduk kat dalam bilik sorang-soarang. KUNCI pintu. Kalau tak kunci karang, adik-adik main redah aje masuk. Pastu mengekek ketawa tengok kakakk dia menangis. Kurang asam jawa Extra betullah! Orang tengah feel baik punya, dia menganggu ketenteraman imagnasi aku dengan ketawa yang sumbang dia tu! Hish. Terus hilang mood nak baca.
Aku akan capai novel yang mempunyai kulit yang menarik. Selepas tu, baca sinopsis. Aku tak suka baca sinopsis yang pendek. Bak kata omputih, “ Don’t judge a book by its cover ”. Selepas selesai memilih, kaunter cashier adalah destinasi yang seterusnya. Sebelum tu, aku akan congak dulu harga novel. Mana tahu kot tak cukup ke, tak ke naya tu?
Time membayar adalah part yang paling aku tak suka. Kenapa? Sebabnya, aku akan mengiggil bila pegang duit tu. Aku tak boleh ada orang kat beratur kat belakang aku. Mesti rasa nervous semacam. *bukan sebab aku kedekut!*Contohnyalah harga buku tu RM 20.10. Kalau time aku tengah gabra, aku akan bagi RM 21.00. Padahal, dalam dompet aku ada duit 10 sen. Saja je nak bagi beratkan beg dompet tu dengan duit syiling. Hehe..
Bila habis bayar, aku rasa lega sangat! Habis sudah hilang beban! Hehe..

Isnin, 27 Jun 2011

BIRTHDAY>>


Ulalala... Sedapnye birthday cake!


Assalamualaikum! Apa khabar? Moga sihat selalu. Korang dah sambut birthday ke belum? Kalau belum tu, samelah kite! hehe.. Nasib, birthday lambat. huhu

Fuhh... terliur teman menengok birthday cake tu! Tetiba pulak bercerita pasal birthday ni. Kenapa yek? haha.. Adik aku  yang bongsu Mia, atau nama panjangnya Fathin Nur Damia akan menyambut hari kelahirannya yang keempat! yahoo.. Lepas ni, boleh pegi sekolah dah! :P

Cepatnye masa berlalu.. Ingat lagi dulu, dukung si Mia. Kecik lagi. Sekarang ni besar dah. Kalau dulu, sebelum Mia lahir, aku dengan Epan selalu sangat nak berebut duduk tengah waktu kat dalam kereta. Duduk tengah sejuk.. Air cond terus menghala ke arah kitaorang. Tu yang berebut sampai gaduh-gaduh! Ish Ish Ish..

Mia ni rapat dengan abang die berbanding dengan kakak die. Haha.. Kakak die ni suka menyakat. Sampai meleleh air mata budak tu. Suka tengok budak tu menangis. Bila marah lagi kiutt.. hehe
'' kak long, janganlah kacau adik!''
Itu adalah diantara dialog yang aku selalu dengar.Yang  paling best, dia akan menjerit


''AAAaaaaaa!!!!!''

Kus semangat! Boleh pecah gedengang telinga aku ni! Dia punya volume pun boleh tahan. Mengalahkan kakak dia! Tapi, kalau bab nak membodek mulalah, tersengih sana, tersengih sini. Kalau dapat camera, berposing sakanlah dia! Senyum tu tak boleh bla, senyuman plastik dia. Alahai Mia...



Dia ni comel! Dengan rambut keriting, siap blonde lagi. Original tau! *puji adik sendiri..hehe* Kalau ada jumpa orang ke, mesti fokuskan kat Mia. Dia ni anak manja ibu. Apa-apa aje mesti ibu. Sekolah pun empat  hari aje. Sebab tak boleh nak berenggang dengan ibu die. Mula-mula bersemangat nak sekolah. Siap cakap , Adik dah besar. Boleh pulak sekali tu dia cakap,

Kaklong, adik haritu timbang berat, same aje beratnya. Sebab tulah adik tak payah sekolah :P. SEbab tu adik kecik lagi!


Itu ajelah alasan dia setiap kali cakap pasal sekolah. Mia.. Mia!  Happy Birthday ! Jangan nakal-nakal! Sayang Mia.. <3 !

Khamis, 23 Jun 2011

Teenagers

Mulakan pembacaan anda dengan senyuman yang lebar! Lebar selebar-lebarnya! Baru best baca! Walaupun, hakikatnya,memang tak best ! :P ________________________________________________________

Hai! Lama dah aku tak update blog ni..Dah bersawang-sawang,bersarang labah-labah, lalang pon dah sampai pinggang. Banyaknye perubahan, padahal baru berapa minggu je tak bukak! Ayoyo, kuat berimaginasi betollah aku ni! hehe

Sebenarnyakan, aku pun tak tau nak cakap ape. Perjalanan hidup aku sebagai 'teenagers' ni, sama dengan 'teenagers-teenagers' yang lain. Takde pape perubahan pun. Paling drastik sekali pun, kerja sekolah yang bertimbun-timbun mengalahkan Gunung Everest! Arghhh!!!! Kalaulah buku-buku tu boleh bercakap, mesti diaorang naik fed-up dengan aku, sebab setiap kali aku tengok diaorang, mata aku mesti kuyu macam nak tertutup.

" agaknye, bilelah tuan kite ni nak jadi segar-bugar bile tengok kite ni? asyik mengeluh memanjang.. :'( "

Oh buku, kalaulah aku boleh mendengar apa yang perkatakan! Aku ada cerita yang nak diceritakan kat korang yang sudi membaca ni. Cerita aku camni, Bermulalah kisah... Seorang remaja.. bla..bla..bla..

Aku baru aje selesai menempuh peperangan masa hadapan (peperiksaan) dua minggu lepas iaitu bersamaan dengan dua minggu sebelum cuti sekolah.*hobi aku memutar belitkan ayat :D..* Cikgu baru habis mark paper kitaorang. Harap semuanya berjalan lancar. Dah selamat dah pun cikgu menanda, aku saje je nak bagi saspens!

Alhamdulillah.. Selepas berpeluh-peluh aku menjawab soalan yang membunuh susah itu, akhirnya terlepas juga. Yihaaaa!!! Aku merdeka! Aku merdeka! Aku merdeka! Rasa macam baru lepas jawab soalan SPM aje! Diulangi RASA! Markah aku agak membanggakan. (bangla lah tu!) hehe. 7A 1B. A biase-biase aje. Takat cukup-cukup makan.

Nak tau ape yang B? Bahasa Inggeris. huhu.. Nak fight ngan cikgu bagi dapat 80 pun susah.. Sebab ayat aku tonggang-langgang, ade hati nak fight! hehe. Takpe,lagipun aku berpuas hati dengan markah yang aku dapat ni. Ada peningkatan. Ini ujian pertengahan. Masih ada lagi dua ujian. Aku akan berusaha untuk buat yang terbaik dikalangan yang paling baik. Chaiyokk Fathin! Doakan yep!


Cerita yang baru. Tajuk yang sama. Aku ada kawan-kawan yang kamceng kat bas. Potpet Potpet.. Rasanya kat bas tu, dengar suara kitaorang jelah. Bahagian depan aje, belakang suara budak laki yang bising mengalahkan tarzan2 dekat hutan nun..

Ada dua orang kawan yang aku anggap pelik? Siryes aku memang pelik ngan deme dua orang ni. Kejap baik, kejap tak baik. Kejap hot, kejap cool. Dah macam angin monsun dah aku tengok. Kalau tengah hot tu, mengalahkan taufan Katrina! Kalau tengah cool tu, persis macam salji di England sane nun.. Aihh.. tak paham aku. Nasib baik ade Nor Ryhan ngan Afiqah Aqilla. Dapat mengembalikan aku ke alam yang nyata. hihi.. Sekarang ni tengah hot. Esok, aku confirm 200% diaorang cool balik!

Ala... semua ni small matter aje. Diaorang gaduh2 manja. Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula kawan-kawan. *mengangis kang cikgu bm aku. huhu* Ape-ape pun, kitaorang still kawan. Gossip-gossip terhangat sering dibicarakan. hihihi. Pasal pelajaran aje lah.. Aqilla,Annisa,Ryhan,Hafizah you guys are the bestlah! Aku tak rasa hipokrit bila cakap ngan diaorang. Tak sangka, kitaorang boleh rapat walaupun baru kenal. hehe. Mungkin sebab satu bas kot. :D

Rabu, 1 Jun 2011

Line = ?? = !!

Mulakan pembacaan anda dengan senyuman yang lebar! Lebar selebar-lebarnya! Baru best baca! Walaupun, hakikatnya,memang tak best ! :P ________________________________________________________


Berdasarkan tajuk di atas, pelik?? Wah, sekarang ni aku dah mula suka bermain dengan simbol! Satu peningkatan yang bagus! hehehe

Nak tanya, sekarang ni korang tengah guna komputer ke laptop? Tak kesahlah mana-mana pun, asalkan boleh masuk internet. Contohnyelah kan, sekarang korang nak masuk sesuatu website. Example, facebook,twitter,blog,google,myspace....

Ada tak rase pape. Perasaan? Sixth Sense ke?  Ada tak? Ada tak? *gaya orang mendesak!* Jawab! Jangan cepat sangat jawab. Tenangkan dan kosongkan fikiran anda, baru jawab. Apa jawapannye?
-TAK DE RASE PAPE

Tahniah! Korang telah berjaya memperdayai aku! Hingga membuatkan aku KAGUM!!! *hot gimmick jer ni =.=' *

Tipulah! Takkan takde sekelumit pun perasaan apa-apa. Sekurang-kurangnya mesti ada perasaan suka, gembira, marah, geram. Sebab suka? Mestilah korang eager sangat nak chat ngan teman istimewa. Kan? Kan? Malu-malu rimau pulak! Sebab marah dan geram? Mestilah marah sebab orang yang korang nak chat tu tak online. Itu korang, ni aku. Aku geram sebab line internet ni lembab mengalahkan siput. Berjanggut aku tunggu sampai habis loading...

Kalau ikutkan hati yang selalu betul membuat keputusan, aku rasa macam nak ambil senapang, machine gun, bazooka, shot gun, long gun, water gun (pistol air), dan bermacam-macam lagilah! Untuk menembak line internet dengan beribu-ribu das tembakan! Ini gangster dari Thailand lah! (copy paste ayat filem KONGSI) Alih-alih aku pulak yang kene marah. =.='

Geram! Geram! Geram! LOL!! (first time gune perkataan canggih ni) Line lambat/lembab. Aisey man, ada masalah ke? Time orang perlukan die buat masalah, time orang buat derk, takde pulak masalahnye. Jadi,untuk menambahkan mengurangkan lagi kegeraman aku ni, mari kite mengadakan kempen membuka tabs banyak-banyak dalam satu masa. " Lagilah lambat! >.< ''

Apa punca utama kelembapan line ini? Tengok full bar. Apa sebab-musababnya? *entoh..* Adikku Mia, " Ish,lembablah komputer ni! ". Dik oi, yang lembab nye line, bukannye komputer. Kalau aku terangkan sekali pon,  akan mengambil masa yang lama. Sebab akan timbullah soalan ,Kenapa jadi macam tu? Kenapa jadi macam ni? Kenapa?!

_____________________

Jumaat, 27 Mei 2011

Permulaan Cuti Sekolah..

Cuti sekolah sudah bermula. Cik Fathin kita tengah buat apa? Memasak ka, baca buku ka? Tettt!!! Salah! Potong 2 markah untuk Kumpulan C. :P

Saya sekarang ni tengah*saya? tak bestlah!*.

A : Somebody yang pemurah lagi baik hati. Boleh tak tolong ambilkan correction tape atau liquid paper dalam kotak box aku. Emergency ni!
*hanya sorang je kawan aku yang panggil pencil box= kotak box*?

B : Wei, liquid paper mana boleh bawak gi sekolah! Kata anak guru disiplin, dia yang tak de disiplin.

A : Oh.. Tak boleh ekk? Ehh, manalah aku tau! Sapa cakap aku tak de disiplin? Tu, mak aku guru DISIPLIN. Kan ada disiplin tu!

B : Erkk.. Pulak dah?

Ohhh.. Cik Fathin, taulah tak de kerja. Takpayah lah nak selitkan pasal disiplinlah, apelah kat sini. Taulah die tu pengawas! Chill lah beb! Sekarang ni tengah cuti semester lah. Tunggu lagi dua minggu, baru cite balik pasal disiplin..

Hah!! Cuti sekolah 2 minggu? Kenapa aku tak tahu pun? +manalah kau nak tau, Fathin. Kalau dalam sebulan tu jarang kau tengok kalendar. Tau tarikh pun tanya orang. "Wei, hari ni berapa hari bulan? =.=' "+  Grr.. Sebok jelah! Pegi main jauh-jauh!

Itulah realitinya. Maklumlah, Rajin sangat datang sekolah. Sampai cuti pun tak ingat! Waktu hari terakhir tadi, kitaorang sebok duk salam-salam. Ucap Happy Holidays! Sampai cikgu pun pening ngan gelagat kitaorang. Sorrylah cikgu, kitaorang nak lepaskan rindu. Dua minggu nanti  baru boleh jumpa balik.

Alaa.. terasa rindu pulak kat Ting Xuan. Kawan Cina aku yang paling rapat. Aku ngan dia, kalau tak gaduh sehari, alamatnye tak sempurnalah hari kitaorang. *ala,bergaduh manja aje... ;)*. Rindu pulak kat Balqis. Antara kawan rapat aku. Dan jugak kawan kehulu-hilir aku.. hehe. Kat Mimi n the gang pon same. Dah lama tak dengar budak tu bertukar menjadi LADY MIMI waktu cikgu tak de dalam kelas. Yang paling hampehh nye, die nyanyi lagu

~Rasa Sayang hei,
Rasa Sayang, Sayang heii
Hei, lihat nona jauh..
Rasa Sayang-sayang heii..~

Aku siap warning awal-awal. " LADY MIMI, kalau hujan petang ni, dan tak boleh PJ, bersedialah untuk tawaf satu sekolah!"


Cuti sekolah ni nak buat apa? Baca Novel? ``senarai no. 1`` Tidur? ``Senarai no. 4`` Jalan-Jalan? ``Senarai no.3`` Baca buku and buat kerja sekolah? ``senarai no. 2``  (apasal no. 2? Untuk pengetahuan korang semua, Fathin ni, dah jadi rajin sekarang. hehe)  Ok. Nampaknya masih banyak lagi tempat kosong.   Jom kita sama2 memerah otak, memaksa sistem2 ni berfungsi dengan luar biasa untuk memikirkan idea...

Itu satu hal. Satu hal lagi kena buat folio untuk Geografi! Makk.. Susah nye! Aku paling tak suka bila buat folio. Memikirkan markah ni ade masuk untuk ujian Ogos nanti aje. Kalau tak, follio tu, cincai saja ma! Tempat mana ekk yang paling strategik untuk buat kajian?

 Kat kawasan perumahan aku ni mana ada pape. Jangan kate perlombongan,perindustrian pun tak ade. Pelaburan adalah. Tu hah,  elok je  tersusun cantik  sisa-sisa bahan kimia lembu dan kerbau dekat tepi-tepi jalan. Sian tayar kereta, kotor. Nasib baik tak kena samak. Kalau kena, sure kosong je jalan tu.. Tak delah jam.


p/s: kenapa susah sangat nak cari button FOLLOW? Mana die sembunyi?!!

Khamis, 26 Mei 2011

My Novels

Salam. Lama rasanya tak update blog. Dah bersawang-sawang blog buruk aku ni oii!! " Ibu pinjam bulu ayam!". Aku baru habis exam. Habis sudah peperangan aku. Fuhh.. Lega! Kali ni entri aku pasti akan  buat korang semua

 cemburu, terpegun, tertarik, menyampah, sumpah seranah aku!

hahaha.. Fuhh, satu entri ni boleh bagi 5 feel yang berlainan! Dasyat! Terimalah info-info tentang novel aku..(mesti korang akan menyampah gile2!)



Jumaat, 20 Mei 2011

bilik bersepah kott...

 That’s it. Tengok tajuk  pon aku dah feel down dah. Mana taknye, tak tahan lah dengar ibu cakap
“ apa nak jadi lah kamu ni long? Bilik anakdara sepatutnya kemas, bersih, tak bersawang-sawang, ni tak kamu terbalik pulak. Bila nak kemasnye ni? Ibu pun dah tak tahan nak tengok.... bla.bla.bla.”
Mak Cik Ida dah bising oii... Ape lagi? Kemaslah!
“ala bu. Nantilah kaklong kemas. Give me another week. Minggu ni tengah exam Mid-Year lah. Nanti kalau kaklong kemas, tak study pulak? Nanti nak jawab exam mulalah kaklong pandang atas,bawah kiri kanan. Kalau result tak okey camne? Mesti feel down giler2. Boleh ekk bu?*sambil buat muka 50 posen(sekarang ni 10 sen dah tak laku sangat. Nak beli sebijik gula pun tak sampai.)* ”
Ha, 1001 alasan aku bagi. Tu baru tak sampai suku tu. Belum habis lagi. Hehe. OK, for your information, my room sweet room tu bukannye macam tongkang pecah*walaupun seumur hidupku,tak pernah aku tengok camne rupe tongkang pecah*! Tuala kat sini, baju kotor kat sinun. Cume a little bit messy  jer. Macam biasalah, baju aku tak susun elok2. Nak amik baju pun pakai tarik jer. Pastu  bile ibu datang, cepat2 cover line. Taktik nak hiduplah katekan..
Bukannye aku malas nak buat elok2, cume kurang rajin jer. Sekarang ni tengah Mid-Year.*ha, kau tengok tu, nak kemas bilik malas. Dok layan fb tu rajin pulak. Cakap tengah Mid-Year. Pegilah baca buku!*. Alamak, berdas-das serangan aku kene. Ignore ajelah...
Mid-Year kali ni tak delah susah sangat. Tak delah senang sangat. Cume sederhana aje. Kali ni exam makan masa selama 2 minggu. 2 minggu ni jugaklah aku tak PJ. Huuu...Nak PJ! Nak PJ! Nak PJ! Kalau PJ dapatlah exercise sikit. Keluarkan peluh. Nampak gayanye, majulah business menternak lemak aku..
Soalan Science memang membunuh aku! Waa... Nampak cam senang. Time jawab exam, cehh cam confident jer. Bile aku check balik, banyak jugak yang salah. Soalan yang aku kurang pasti betul. Soalan yang aku sangat-sangat pasti, SALAH! Hampehh!! Tapi, bila aku kira-kira balik, peluang untuk dapat score A mungkin cerah. 80 and above jadillah. Asalkan aku dapat staraight A cam orang kawat kaki. Straight jer, tak de bengkok2. Kan sejuk saujana mata memandang.. :D
Dan juga selama exam ni jugalah, kedai buku MPH dan POPULAR, tak dapat kunjungan hormat daripada aku. Kesian korang. Kesian kat aku jugak. Stopp!!! Jangan buat kolam air mata dulu. Jangan dok menangis terguling-guling atau melalak. Sakit telinga. Cool.. Relax..  Meh sini cek nak habaq mai, sebaik saja habis exam, kite pi serbu ramai2! Dan nanti, bila aku datang, TOLONG sediakan red carpet untuk aku.hehe..  Ni pulak pesanan buat novel2 sekalian. Kalau agak-agak nye stok korang nak dekat habis, misalnya ade orang nak beli, cepat-c epat hilangkan diri.*idea yang kurang waras* Bile aku datang, baru korang jelma balik. *untuk novel-novel yang berjaya menarik perhatian aku jelah.hehe*

MID-YEAR nanti, tolong doakan aku result dapat A kawat kaki ekk.

Rabu, 4 Mei 2011

Geram ngan sorang mamat sengal ni!!

Aku tengah geram ngan sorang mamat sengal ni! Die lah  orang yang suka menganggu ketenteraman hiduporang lain! Asyik-asyik nak cari gaduh ngan aku. Kalau chat, mesti nak kutuk!Aku ingatkan kalau dah lain-lain sekolah, hidup aku amanlah. Ni tak, kat sekolah memang aman, tapi kat facebook, lansung tak aman! Menyesal aku confirm request die as friend.Kalau die komen status atau photo aku, mesti ade je die nak sakitkan hati aku. Hishhh! Memang tak paham bahasa betullah budak ni. Kang aku block kang, padan muka! :P 
Dari dulu lagi die suka cari pasal. Grrr...Aku rasa nak hempuk je die kat dinding!(uikss,ganas nye!)
Takpe, aku sabar jer. Kalau agak-agaknye, tahap kesabaran aku dah maksimum, jaga kau TANDA! 


Kalau aku jadi polis, dah lama aku sumbat die kat dalam lokap. Kalau aku jadi doktor, aku suntik die biar sampai koma. Kalau aku jadi cikgu/pensyarah, setiap kali ade  soalan nak tanya , mesti aku tanya dia dulu. Biar die tergagap-gagap nak jawab! Ataupun ,aku akan cari aje kesalahan die ni supaya asyik kena denda. hahaha

P/S: ini adalah luahan hati aku semata-mata. Takde kene mengena ngan korang..:D
Salam semua, korang perasan tak, setiap kali aku tulis tajuk entri, mesti cam orang tak de idea nak tuliskan? Tapi, memang betol pon! Aku macam tulah, setiap kali nak tulis tajuk mesti tak reti. Aku akan duduk termenung lama-lama sampai dapat idea. Tapi, last-last merapu jugak. Takpun, bagi senang cerita, aku type smiley atau tanda soal jer.(:D) Yang aku reti tulis entri die jer. Sebabnye, tajuk susah nak karang, tapi entri senang sikit. So, kalau ade entri-entri aku yang takde tajuk atau tajuk yang merapu, sorry ekk.. hehe

Ok, minggu ni aku tugas jaga tandas. Dengar je jaga tandas, mesti korang ingat aku duduk kat tandas tu tengok orang masuk buat business kan? hepp!! Tak kuasa aku nak pegi tengok orang tengah buat business tu! Baik, aku pegi buat patrol ke atau duduk kat tangga 2 sembang-sembang ngan senior. Tugas jaga tandas bolehlah dikatakan senang, buat laporan sebelum dan selepas. Tengok camne keadaan tandas tu, bersih ke tidak. Kalau tak bersih bagi kotor atau kurang memuaskan, kalau bersih bagi bersih atau memuaskan.  Bila rehat dah habis, akulah orang yang akan terjerit-jerit camni dan halau mereka keluar. Halau? Bukan halau, tapi suruh.. Kalau halau, sian pulak kat diaorang, tengah buat business kene halau.

" ok, rehat dah habis, sila keluar!"
(kan bersopan tu..hehe)

Takpun, aku akan jadi model of the year. Mau menangis model-model kat Malaysia ni. hehee.. Silap! Bukan model of the year tapi, model tandas.  kuang,kuang,kuang... Aku akan berdiri kat pintu masuk tandas, dan tahan orang yang masuk tandas. Kejam kan? Tapi, aku takdelah sekejam itu, kalau agak-agaknya die dah tak tahan sangat, aku bagilah masuk. Tapi, aku rase semua yang mintak nak masuk aku bagilah. Maklumlah, baik sangat..

kan best kalau toilet sekolah camni. rasenye ramai yang ponteng kelas, duduk kat dalam tandas.

Rojakkk

Subjek-subjek sekarang ni memang memeningkan kepala otakku! Kadang-kadang, terbelit jugaklah lidah ni bila nak menyebut. Bila dah lidah terbelit nak sebut, nak fahamkan pon difficult jugaklah (tetibe jerk speaking London! heheh ) Contohnye, algebraic. Cara yang betul nak menyebut nye AL-GE-BREK. Tapi, nak buat camne, dah aku ni jenis yang slow sikit, aku eja camni AL-GE-BRA-IK. Nasib baik sebutan dia jadi huruf k, kalau jadi huruf c , AL-GE-BRA-IC , lagilah sengal! hahaha
Lama jugak aku tak update blog ni. Dah bersawang agaknya blog ni! Yelah,  bukan ramai pun yang baca. Hehe . Dari waktu sekolah tadi, sampai sekarang aku asyik ketawa je. Tak taulah hantu mana datang merasuk. Aku ngan Balqis. Waktu solat tadi pun camtu jugak. Aku tak delah ketawa banyak sangat, si Balqis ni hah, asyik ketawa aje. Nak jugak aku hempuk dia ngan buku. Kang tak pasal-pasal pengsan! (sorry Balqis, kite involvekan kamu kat sini, hehe)
Ok, nak jadikan cerita, tetiba jerk tangan aku hari ni rajin pulak nak menaip.  Peperikasaan mid-year dah dekat. Kadang-kadang teringin jugak nak jadi budak pandai. STUDY,STUDY,STUDY! Tiga patah perkataan tu jer! Maklumlah, mid-year ni bukannye senang cam makan kacang goreng. Tapi susah cam nak makan kacang pandai! Nak kena buka dulu kulit die, baru boleh makan. Waktu kat sekolah beria-ia berazam, kononnye, bila balik nanti, terus makan, solat, mandi then bukak buku, study! Time cikgu cakap subjek mana yang keluar, mana yang kena ingat.  Tapi, aku biasalah hangat-hangat tahi ayam~! Aku still ngan rutin harianku. Balik rumah, makan, solat, mandi, bukak fb, cuci-cuci mata tengok cerpen-cerpen baru kat penulisan2u. Last-last, malam baru study. Tapi, hari ini dengan rasminya, Fathin Nur Syakirah, anak perempuan kepada Hishamuddin dan Rozida, berjaya belajar satu subjek baharu yang cikgu tak ajar lagi! Berkat pertolongan ibu. Yeah! Tapi tak taulah selama mana dapat melekat kat otak aku ni.
Nanti time sehari lepas peperiksaan, aku pegi Gambang, pegi bermandi-manda, bersuka-ria dengan sedara-sedara. Cehh, boleh buat pantun lagi! Pelikkan? Orang nak periksa, aku duk sibok berhappy-happy go lucky! Sebenarnya camni, meh sini cek nak habak pada hangpa semua! Sehari selepas exam tu, cuti. Then, berlarutan sampai hari isnin. Pastu, cuti, sekolah,sekolah, cuti, pastu baru exam balik. Sebabnya, minggu kedua selepas exam tu memang sibuk. Dengan sambutan hari guru, cuti sekolah. Adalah masa nak study. Ingat aku tak study ke? Aku nak pastikan keputusan kali ni aku dapat flying colour.. Doakan ekk.. :D
Hari ibu nak dekat dah kan? Rasa cam nak bagi something lah kat ibu. Something yang special sikit. Selalunya aku wish je. tapi kali ni aku nak buat kelainan sikit, bagi ibu happy.  Korang  biasanya bagi apa ekk? Kat sekolah(asyik kat sekolah je) tadi waktu kelas komputer, cikgu ada suruh tulis sajak tentang hari ibu. Berpeluh jugaklah aku nak mengarang sajak yang puitis tu.  Tak taulah hasil die camne. Harap oklah. Itu jelah kot. Sampai sini jelah aku duk mengarut. Kang tulis banyak-banyak kang korang boring.(walaupun dari baca tajuk entri lagi dah boring). Wassalam..


P/S : entri ni sebenarnya sehari hari lepas aku dah type. Cume, haritu, aku type malam, line dah takde sebab ayah tutup streamyx, so aku simpankan kat dalam microsoft word. Enjoy!

Isnin, 25 April 2011

I'm in a bad mood

Berdasarkan tajuk entri di atas, BAD MOOD , adalah satu perkara yang aku gemari suatu ketika dahulu. Aku selalu bad mood bile balik rumah dan aku selalu good mood bila kat sekolah. Kenapa cam tu, biasanye, orang akan good mood bila balik rumah dan bad mood bile kat sekolah. Yelah, bila kat sekolah, kite kene buat kerja, belajar dan semua perkara yang memenatkanlah! Kat rumah, kite boleh relax, lepak, tido dan buat kerja sekolah!

Ok, berbalik kepada cerita asal. Biar aku cakap dulu perkara yang membuatkan mood aku bertukar menjadi BAD.

  • Aku kena bertugas menjaga kebersihan kelas selama seminggu atau diringkaskan, AKU KENA BERTUGAS SELAMA SEMINGGU!
  • Aku kena buat surat rasmi kenapa tak datang hari Sabtu, walhal, aku tak tahu macam mana nak buat surat rasmi! So, aku suruh ibu tolong buatkan.
  • Kasut sekolah aku tak kering sebab aku jemur kat hujan!
  • Aku kena pakai kasut sekolah waktu darjah 3 atau 4, kalau tak silap. Sampai melecet kaki aku yang cantik ni (perasan!)
  • Mouse aku buat hal. Tak boleh nak guna mouse sebab aku dah operate mouse tu sampai tak boleh pasang balik.
 OK, ini adalah antara sebab kenapa aku bad mood! Korang boleh bayangkan tak, orang  jemur kasut kat tempat matahari terik, aku pulak jemur kasut kat tempat hujan! Aduh, sadis sungguh. Hari tu , aku baru balik dari KL , aku lupa nak basuh kasut aku yang putih bersih tu , (tak de maknenye!) jadi, aku basuh hari Ahad. Time tu matahari tengah terik lagi. Jadi aku basuh kedua-du pasang kasut aku tu. Tup-tup, bila aku dah jemur kasut aku selama 2 jam, tiba-tiba hujan turun mencurah-curah. Bagaikan sakit hati je tengok aku jemur kasut. Aku pulak, boleh buat derk je sambil baca novel sebab tak perasan. Selepas beberapa jam kemudian, adikku , Epan cakap sambil tersengih

'' kaklong, kasut kak long dah kering dah.."

Hah kasut? Dah kering? ALAMAK, mati den! Aku terus berlari mendapatkan kasutku. Kasutku, tidak dapat diselamatkan. Hancur punah harapanku, nak tengok kasutku kering.

'' Epan, mari sini kamu! Dah tau hujan , kaklong jemur kasut, tolonglah angkatkan kasut tu!"
" Eh, salahkan Epan pulak, kaklong yang duk bersenang-lenang baca novel tu apahal?"

Gulp! Kan dah kena balik! Nampak gayanya, terpaksalah aku pakai kasut lama. Nasib baik ada spare yang dua tahun lepas punya. Itupun dah berhabuk. Sampaikan melecet kaki aku bila berlari tadi.

Itu yang pertama, yang kedua pulak, pasal mouse aku.
Tadaa!!! Pandai tak aku meng-operatekan mouse? Tulah, gatai sangat nak tengok organ-organ dalaman mouse, last2 tak boleh pasang balik! Padan muka hang!

Yang ketiga, ingat tak yang aku cakap aku pegi sepupu kawin kat KL tu? Ha, waktu hari Sabtu, waktu sekolah ganti. Aku tak datang. Dan, aku tak bawak surat yang menyatakan kenapa aku tak hadir. Baru aku cadang nak buat surat tu hari ni.So, sebagai denda, aku kena bertugas bersihkan kelas selama seminggu!
Ha, benda alah nilah yang menjadi sahabat karibku selama seminggu! >_<
Sekolah menengah, bila tak datang je kena bagi surat. Tak macam sekolah rendah, bila tak datang je , cikgu ada jugak suruh buat surat. Tapi, bila dah lama, diamkan aje.. :D


BAD MOOD...

Sabtu, 23 April 2011

Jalan2 ...

Pagi tadi aku pergi kenduri kawin sedara kat KL.. Sebelah ibu. Semua pakat-pakat datang.. Ramai jugak yang datang. Boleh katakan semua ibu kenallah. Mana taknya, dari ketior..  Bila ibu dah start sembang, aku ngan Epan apalagi, boring tahan gaban lah! Nak bersembang kang, rasa cam tak sesuai plak.. Bukan ape, kitaorang bukan kenal sangat pon.

Aku jeles gile ngan Iffah. Hummpp!!... Die dapat pegi PWTC. Tengok pameran buku.  Huhuhu.. Aku dah lama idamkan nak gi pameran buku. Tapi tak pernah dapat! Takpe2, Iffah nanti tengokle, kalau kite dapat pegi sekali, sure awak menangis punye! hahaha.. main2 jerw.. Nanti, awak jangan kedekut pulak ek, kite pon nak share jugak..(paham-pahamlah yep!)hehehe.. Bak kate pepatah, sharing is caring..

Bila dah balik dari kenduri, kitaorang lepak rumah angah. Sambil-sambil tu, aku main Saidina ngan sepupu2 aku yang sengal tu! Diaorang tak aci, main rasuah. Mula2 aku jadi bankers,  pastu tukar kakak pulak.. Diaorang cakap, yang kakak ni bankers yang pemurah.. Aku buat muka do know jer... Mana taknya, kakak siap bagi RM5000 sekeping, RM1000 dua keping,RM500 dua keping, SETIAP SEORANG! Memang pemurah gile-gilerr!! Pastu waktu budak-budak yang sengal ni pegi beli ais krim, aku ngan kakak, pakat-pakat nak habiskan duit diaorang. Especially Epan punye! Setiap kali turn die jalan, kalau ade tapak yang tak beli lagi, kitaorang belikan.. MEmang koje kitaorang menghabiskan duit jelah! TApi,  last2 aku jugak yang bankrup! Tulah, niat tak baik, kan tak pasal2 kene!

Diaorang ingat diaorang tu laki, senang2 je nak buli aku? Hei,pleaselah! Sebelom diaorang buli aku, aku buli diaorang balik! Mana taknya, aku lagi tua dari diaorang. Ada sekali tu, diaorang konon-kononnya jalan macam gensgsterlah kat aku, pastu sekali aku bangun, ha, lari lintang pukang diaorang! Itu baru gimmick!

Tadi, diaorang habis kene bantai ngan bantal. Hahaha... Epan, tadi die nak buat fliying kick, pastu waktu die terjun tu, aku tak sengaja,terbantai die ngan bantal! Ha! Ambik kau, sekali jatuh.. BEDEBUKK!! Bunyi cam nangka busuk jatuh! Hahaa.. Last-last, kau cakap jugak surrender! Puas hati aku!

psstt.. korang mesti ingat aku ni ganas kan? hahah.. jangan salah sangka, bila aku ngan adik sepupu aku je aku jadi cam tu..hehehe.. nak kene ajar sikit diaorang tu! dah besar, tapi perangai cam bebudak! childish! :P



Jumaat, 22 April 2011

Selesai!

 Akhirnya, selesai sudah semuanya! Cikgu cakap tadi, kitaorang buat pesembahan macam nak kejar train takut terlepas! Laju sangat! Nak buat camne cikgu, saya dah cuba slowkan, tapi, diaorang  yang makin lajukan..
Tadi kitaorang ada tanya ,sesiapa yang tengok persembahan tulah, ok ke tak? Diaorang jawab
OK!
Tapi tak tahulah ikhlas ke tak? Manalah tau kan, nak jaga hati kitaorang yang lembut ni. Kalau cakap tak ok, karang kecik hati pulak. Hishh!! Tak baik buruk sangka!

OK, hari ni ada banyak perkara yang terjadi. First, tadi aku buat persembahan Choral Speaking. Kena pakai baju kurung putih,tudung hitam,kain batik,selendang dan bunga. Cikgu suruh bawak make-up kit dari rumah. Blusher n Lipstick. Then, aku bawaklah. Alaa.. camne ekk nak cakap? ok, straight to the point jelah ek.

Yang pastinya, muka kitaorang semua ni macam badut!! Macam badut kat sarkas! Waaa... Bahagian pipi,dah macam pipi badut. Bahagian mulut, dah macam bibir Angelina Jolie.. Merah menyala.. Cikgu suruh pakai tebal-tebal bagi nampak nanti kat stage. Kitaorang pakai make-up sendiri yang aku bawak. Tak nak pakai cikgu punya, sebab...sebab, camne nak cakap ekk, sebab nampak macam opera china.
Setiap kali cikgu nak pakaikan make-up cikgu punya, kitaorang bertempiaran lari. Lintang-pukang. Macam kena kejar dek anjing. Dalam usaha melepaskan diri,Hanani kena. Sian die.. Tapi, Hanani still cantik+comel lagi! Die cakap camni,

''korang ni jahatlah. korang tinggalkan kita. tak pasal-pasal kita kena!"
(sebenarnya, dia tak delah cakap camni, cuma aku adjustkan sikitlah.)

Itu satu hal. Satu hal lagi, cekak aku patah. Terbahagi kepada bukan 2, tapi 4!  Huarghh!!! Mesti korang fikir aku ganas kan? Heppp!! Tak baik tau! Bukan aku yang buat. Dia jatuh sendiri, nak buat camne. Dah tu, cekak tu jenis nipis, memanglah. Buat buang duit je aku bayar RM4. Mulut Izza memang masin. Dia cakap kat Hanani, tapi aku pulak yang kena. Nasibb...

Tadi, aku nak korek tabung. Konon-kononnya, nak kutip jumlah wang yang aku kumpullah! Tapi, tabung tu pulak buat hal! Tak boleh bukak. Aku dahlah tengah pokai sekarang ni. Duit kat dalam dompet ada dalam 5 atau 6 ringgit. Manalah nak cukup beli novel.. Last-last, boleh jugak bukak. Thanks kepada adikku.. Muhammad Irfan A.K.A Mamat Epan.(aku memang suka panggil die dengan nama ni. kakak baiklah katekan...)

Oklah, aku dah ngantuk ni. Ingatkan lama sikit boleh tahan mata. Rupenye, kojap aje. Mana taknya, petang tadi aku dah tido bawah meja.. Fuhh.. Nikmat.. Sampai termimpi-mimpilah! Kalau korang nak tau, dulu aku ngan adik aku,Epan tu, suka sangat baring bawah meja. La ni dah tak dah.. Kaki masing-masing semuanya dah panjang.. hehe OK ! Bye2!
Esok adalah hari yang dinanti-nantikan.. Setelah 4 minggu berlatih. Harap semuanya berjalan lancar. Harap persembahan kami akan selalu dingati. Harap cikgu tak banyak komplen, tapi banyak bagi compliment
Tapi, sebenarnya..
YAY!!!!
I'm FREE babeyh!!
Hahaha... Yeay! Dan, ini jugalah yang aku nanti-nantikan selama ini. Kebebasan yang aku idam-idamkan.. Sounds crazy, but..Hahaha..
Aku dah tak larat dah. Cukuplah tu. Aku nak merasa bangun tidur lambat setiap hari Isnin ngan Jumaat. AKhirnya, aku dapat jugak melakukan rutin ku ini setelah 4 minggu aku tinggalkan.. BANTAL PELUK! I'm COMING!!!
Aku dah banyak tertinggal subjek-subjek penting. Harap, selama aku tinggalkan subjek tu, tak adalah perkara-perkara penting yang  aku tinggalkan..

Rabu, 20 April 2011

Ish Ish Ish

Walaupun mula-mula kau terkejut tapi aku percaya jugak... Hah, entah pape tah! Entahlah, aku pun tak percaya. Kalau kecik lagi jadi macam tu, memanglah!!

Tapikan, meluat jugak bila aku dah tengok.. Rase macam berlebih-lebihlah pulak! Huarghhh.. Ape nak jadi lah dengan budak zaman sekarang? ish ish ish.. Aku pun budak jugak. Kecik-kecik lagi dah pandai bersayang-sayang,bercintan-cintun!

Ayooo!! Adik manis, mau belajar dulu lah! Nak berc***** tu boleh tapi, janganlah berlebih-lebih pulak.  Tapikanlah, pada aku, waktu sekarang ni, baik belajar dulu.. Concentrated pada pelajaran. Nanti dah besar baru fikir hal tu. Tak payah nak berserabutkan kepala.. Tapi, kalau nak jugak boleh, asalkan dapat tentukan, yang mana baik dan buruk.


Kadang-kadang aku bengang jugak tau, kawan-kawan aku, asalkan chat je mesti ade timbul soalan yang camni, (sesetengah yang jenis tak paham bahasa. kawan yang tak rapat. bukan kawan, tapi kenalan.)

Kenalan : Hai! Tengah buat ape tu?
Aku : Hai.. Tengah layan drama sedih ni... :'(
pastu, bila dah lame chat tu, timbullah soalan camni,

Kenalan : Wei, kamu ade bf tak?
Aku : ha?? Bf ? ade.. cume tambah f lagi satu. BFF.
Kenalan : =_=, maksud kite boyfriend.
Aku : Tak de maknenye ade! Belajar dulu!
Begitulah Al-kisahnya...

Selasa, 19 April 2011

Tetiba pulak datang, apalagi typelah!

Aku suka berimaginasi. Sebab tu, aku suka baca novel! ehh.. silap! Aku suka baca novel, sebab tu aku suka berimaginasi. hahaha.. Korang nak tau tak, kenapa best gilerr bila baca novel?

Sebabnye, bile kite baca novel, kita dapat berimaginasi. Bila kite berimaginasi, kita dapat berangan-angan, dan bila kita berangan-angan, kita dapat berada dalam dunia kita sendiri. (ntah btol ke tidak??)
Kedua, bila kita baca novel, kita dapat membayangkan watak cerita novel tu. Mesti korang tak paham kan? Camni, contohnye lah kan, aku ada baca satu novel ni. Contoh watak die nama Iman. Pastu die cakaplah yang Iman ni, cantik,comel,kelakar,periang.. So, bagi menarikkan lagi cerita yang aku baca ni, aku akan membayangkan seorang perempuan yang karakter die macam tu. Walaupun aku tak kenal perempuan tu.
Camne aku bayangkan perempuan tu? Camni, hari tu, aku ada tersempak ngan seorang kakak ni kat shopping complex. Kakak ni, damn cute! Jadi, secara tak langsung, aku jadikanlah kakak ni watak tu.. Mungkin aku ni memutar belitkan cerita, sampaikan, aku pun tak paham ape yang aku cuba ceritakan...

Pastu, tabiat aku bila aku dah baca novel ni, aku mesti suka baca sorang-sorang kat dalam bilik. Pastu,aku kunci bilik tu. Sampaikan ibu ngan ayah aku bengang ngan aku sebab selalu sangat kunci pintu.. hehehe

Lagi satu, bila aku baca novel, mesti banyak kerja aku yang tertunggak! Aku kalau dah baca novel ni, mesti tak ingat benda lain dah! Kalau boleh , beli hari tu, hari tu jugaklah nak habiskan baca. GILA betol!! Ibu selalu cakap cmni

"kamu ni long, bila dah baca novel, tak ingat benda lain dah! ish3!''

Aku hanya tersengih macam kerang wangi.. Nak buat macam mana, dah anak ibu sorang ni sejak azali lagi perangai macam ni. Tapi, ikut sape? Ibu jugakkan.. Ibu aku pun suka baca novel. like mother,like daughter... Tapi, ibu suka baca novel inggeris. Aku suka baca novel melayu. Itu yang tak best tu! Ibu selalu cakap suruh aku baca novel inggeris sebab dapat memantapkan lagi bahasa inggeris aku. Tapi, aku still baca novel melayu lagi. Aku cakap, kalau baca novel melayu pun boleh membantu kita bila buat karangan. Itu yang aku cakaplah, tapi bila dalam exam  Mac lepas, bahasa melayu aku tak dapat score jugak! Hampehh!! Bahasa inggeris pulak dapat score.. ADUYAI!!

Tapikan, benefit jugak kalau ibu baca novel melayu, boleh aku share. Tak payahlah aku kumpul duit nak beli novel. Jimat beb! hehehe..

???

Kalau aku cakap tak boleh macam mane? Aku sebenarnya tak kesah pon. Tapi ibu , kesah. Aku pun  tak tau kenape? Kalau aku cakap tak boleh nanti, diaorang kecik hati plak... Alahai,, cmne ni? Ibu cakap, this is the last one!  Tapi, kalau diaorang mintak lagi, apa aku nak jawab?!! Kalau aku jawab cam gini bleh tak?

" Wei, sorrylah korang. Hari ni tak bolehlah. Kucing aku nak bersalin. Nanti kalau korang datang, mana lagi aku nak sambut kucing tu,, nak layan korang lagi. Sorry ek?(sambil buat muka toya) " 
ataupun

" Sorry guys! Hari ni, plan kite tak jadi.  Hari ni, kaum-kerabat kite datang rumah..Ramai. Takuk korang tak selesa pulak.. (walaupun sebenarnya tak de sape pon yang datang)"
Agak-agaknye, alasan ni boleh pakai ke? Takpe2, sekejap je, bukan lame pon. Nnti kitaorang pegilah sekolah  balik. Ibu dah bagi permission. Ape lagi, terima jelah.



pssstt... Hal ni tak de kene mengena langsung dengan korang. Sameade, yang kite kenal atau tak. Ini hanyalah rekaan semata-mata. Tak tahu pulak camne. Sebab tetiba jerk idea ni keluar.. HEHEHE