Isnin, 26 September 2011

Jom Belajar SEJARAH!

Assalamualaikum!

Tak de maknenye! Ini adalah tagline atau ayat keramat aku. Jadi tidak dibenarkan sesiapa pun men 'cilok '  . meng 'ambil' , men 'curi' atau seangkatan dengannya. Jikalau anda mengingkar 'HUKUM KANUN FATHIN'  atau peraturan, anda akan disabitkan bersalah di bawah akta 1 juta. Jadi, selamat datang ke dalam bilik berpintu tiang gerigi besi. Hua.. Hua.. Hua..

HAHA. Sungguh melampau imaginasi aku. Aku main-main ajelah. Gilalah! Kalau macam tu, Akma yang selalu men 'cilok' ayat aku tu dah lama jadi penghuni bilik berpintu tiang gerigi besi. Tak pasal-pasal nama dia buat kali keduanya dimention kat sini.

Lagi satu, sejak bila pulak wujud HUKUM KANUN FATHIN ni? Kat buku teks Sejarah ada tak? Ke korang ter 'skip' baca part tu? Haiyaa!!  Pergi ambil balik buku teks Sejarah! Selak page tu balik! Point-point wujudnya HUKUM KANUN FATHIN itu harus dan mesti diingati dan dihafali (?) sekiranya anda mahu lulus subjek Sejarah Hidup Fathin. Itu pun kalau korang nak ambil subjek tulah.

Ahh!! Tak de maknenyelah, HUKUM KANUN FATHIN segala ni. Hukum Kanun Melaka pun tak sempat khatam lagi. Inikan pulak nak ambil subjek yang tidak berkaitan dengan korang. Kalau berkaitan pun, bagi certain-certain people ajelah. Harap maklum.

OK. Berdasarkan Sejarah Hidup Fathin ni, nampaknya, hari ni Fathin sudah berumur 21 tahun 11 bulan dan 27 hari. (tahun diterbalikkan. maklumlah, perasan diri tu dah besar!). Huuu... nampakanya lagi 3 hari Fathin nak masuk 22 tahun. Eksited nyer! Bangga, Bangga! HAHA..

Maknanya, (baru sekarang ada makna) Fathin sudah 21 tahun 11 bulan dan 27 hari (tahun still lagi diterbalikkan.) bernafas di bumi Allah ini. Syukur , Alhamdulillah. Terima Kasih Ya Allah kerana memberikan ku peluang untuk menikmati dan merasai hidup di dunia ini. Amin.

Fathin Nur Syakirah. Indah sungguh maksud nama aku. Bijaksana, Cahaya, Bersyukur. Tulah sebab, classmates aku selalu sangat panggil
'' Fathin! ''
Aku tahu nama aku sedap. Tu sebab Akma dan Izza  selalu mention nama aku dalam blog diaorang.Terharunya!! HUHU. HAHA. Perasan lebih aku ni! Tapi yang boleh  membuatkan telinga berdesing kadang-kadang bila sesetengah orang yang tidak mempunyai sivik panggil aku 

'' Ikan Patin! ''

Ingat aku ni spesis atau keturunan ikan ke apa? Haishh!! Orang cam gini, elok diberi makan cili api giling! Susah-susah ibu dan ayah aku tak tido malam memikirkan nama yang sesuai untuk anak sulung mereka ni.

Senaraikan apa persamaan antara kedua-dua nama ini. 10 minit selepas itu.
Tak samakan? Ejaan pun lain! Jadi, don't try to call me ' Ikan Patin' or whatever!

Sesi pembelajaran sudah habis ye pelajar semua! Jadi sudah sematkan di kepala anda, Sejarah-Sejarah Hidup Fathin? Dah hafal? Jom Test!

Soalan pertama,
Apakah warna kegemaran Fathin?

Soalan kedua,
Berapa banyakkah bilangan novel yang telah dikumpul oleh Fathin?

Soalan ketiga,
Apakah nama novel yang pertama dibeli oleh Fathin?

FAILED, FAILED, FAILED!

14 ulasan:

iIzza nNajwa berkata...

kmu tuh FAT+THIN !! hehe *jk

Syakirah berkata...

kite lebih rela kamu panggil kita THIN dripada FAT!

iIzza nNajwa berkata...

kte panggil kmu fat dan thin .. adil la kn ?

Syakirah berkata...

Mana boleh dalam masa yang sama kamu panggil dua nama sekali gus. nanti, konpius!

suha berkata...

sedap nama. hee. suha tak sabar nak ke lingkungan umur macam fatin sekarang. even tahun ni dah masuk puluh kan. huhu

Syakirah berkata...

suha, HEHE... terima kasih :)

fieyqaqyla berkata...

BETA sebagai RAJA mengisytiharkan A***N akan d'hukum PANCUNG atas HUKUM KANUN FATHIN...^^
HAHHHAHHHH...
betoi x fathin...???
=_='

Syakirah berkata...

qyla, merepek lah! perasan die tu raja! dlm hukum kanun Fathin, belum ada hukum yang kene pancung! haishh!!! kejam tuh!

fieyqaqyla berkata...

alolo...
FATHIN NUR SYAKIRAH..
BETA ni RAJA dah BERSARA..
^^

Syakirah berkata...

laa... patutlah!

fieyqaqyla berkata...

FATHIN ..
HAPPY BUFDAY..
CYUNK KAMO..
<3

Syakirah berkata...

hihi... ingat jugak qylla ye! terima kasih!

ctk berkata...

hahahaha...lawak r kamu neh...soklan xder kena mengena...kihkihkih :D

Syakirah berkata...

ctk, kedekut nak bg hadiah.. sbbb tu macam tu.. lalala~