Sabtu, 22 Oktober 2011

Black-out! Seraamm!!!!

Assalamualaikum!

Semalam buat aku hilang arah sekejap! Hujan lebat gila! Nak dijadikan cerita, semalam aku balik dari sekolah. Kononnya happy lah final exam dah tamat. Tengok, kereta kat garaj takde. Maknanya, aku kena tinggal sorang sementara lah. Oh, itu tidak jadi masalah.. Dah biasa dah.

Masuk rumah, bagi salam! Itu perkara yang wajib. Assalamualaina waala ibadillah hissolihin.. Salam diberi. Kebetulan, aku masuk je, bunyi bang. So, pergi ambil wuduk dan solat! Tak baik melengah-lengahkan waktu solat. Kan? Kan? *bajet alim

Selepas solat, aku ingat nak panaskan kari ayam dan buat telur dadar. Ibu pesan tadi. Ibu cakap ibu on the way nak sampai rumah. Perut aku ni dah mula dah! Dia buat konsert rock kapak! Tak boleh jadi ni, harus segera memberhentikan nyanyian dia yang sumbang tu! Kriukkkk.... Kriukkk.. Dia dah mula dah!

Aku buka telekung dan tiba-tiba.. TumMM!!! Kilat menyambar. Serta-merta pandangan menjadi gelap! Ah sudahhh.. Black-out woo.... Nak capai torchlight, tak jumpa. Jadi, aku pergilah kat pintu luar untuk mencari cahaya. Yang peliknya, rumah aku sorang je yang black-out. Aku beristighfar, menenangkan diri. Ikutkan hati, rasa nak meraung aje. Almaklumlah, aku nikan penakut!

Ehh!! Aku lupa nak cakap. Telekung, aku tak sempat bukak lagi. Nasib baik tak de sape yang lalu kat jalan raya depan rumah aku tu. Kalau tak, mesti diaorang ingat aku ni ha.nun.ta.wau! Dengan telekung yang serba putihnya, dok berdiri dekat depan pintu dalam keadaan yang gelap. Nauzubillah!

Otak aku berhenti berfungsi. Pergi situ tak jadi, pergi sana takut.  So, aku decide pergi ke telefon rumah. Nasib baik ada sikit cahaya. Dengan harapan, line tak putus. Terkial-kial aku dial no. ibu. Tut.. tut.. tut.. Memang seram gila! Bila ibu angkat telefon, aku cakap dengan suara terketar-ketar. Ibu suruh aku naikkan main suis elektrik tu. Nampak sangat aku takde experience black-out. Sebab, selalunya ayah yang akan naikkan benda alah tu.

Dengan ketinggian yang aku yang terbantut ni, dah sah-sah lah aku tak dapat nak capai main suis tu. Terpaksalah aku panjat kerusi. 1...2..3.. Mana satu suisnya nih? Lepas tu, aku pegang satu suis ni. Dengan harapan, ini suis yang betul sebab dia ada kat hujung sekali sebelah kiri. Finally, i've got that switch button. Aku naikkan, dan teng..teng..teng.. Keadaan rumah menjadi cerah semula! Satu persatu lampu menyala.  Alhamdulillah..

Lepas ni, aku akan pastikan torchlight akan menjadi bodyguard aku selain daripada air Solivite Oren. Yeah! Serik weyh,, duduk dalam gelap! Maghrib pulak tu! Ampun!! Nasib baik hari tu malam Sabtu bukan malam Jumaat.. Kenapa kalau malam Jumaat? Heh, aku pun tak tau!

p/s : kalau korang kena macam aku, don't be panic ok! Butang suis tu ada kat sebelah kiri hujung sekali. Naikkan je yang tu. Naik untuk on, turun untuk off!  Ye!:P

butang yang biru tu! tapi, kalau dah gelap, camne nak nampak warna dia kan? haishhh!!!

19 ulasan:

kanakanak berkata...

saya lah org yang rajin

Syakirah berkata...

kak fariha, orang yang rajin? akak memang rajin pun.. kot.. hehe

Ungu Violet berkata...

haha..ade tutorial nak turun naik suis tuh..:P

Syakirah berkata...

haha....

hamzah ian berkata...

haha..

lampu hanset kan ado.. hoho

princess novel berkata...

huu.. ade antu kat blkg tuuu... jaga2...hahaha!!!!

Syakirah berkata...

Hamzah ian : mula2 ingatkan mmg nak amik lampu... tp, handset pun tak jumpa.. camno yo?

Syakirah berkata...

princess novel : mulut!!!! karang sy jadi hantu, cekik awk! :P

ctk berkata...

hahaha...ciannyer...

owh..sebab suis tertutup eh...lau ct memang panik da...nangis dalam gelap..haha

Syakirah berkata...

kak ct: haha... dia pandai2 jer tutup sendiri.. sy tak suruh pun! :')

iffah berkata...

boleh jugak... buat lah kalau berani!! :P :b c(:

fieyqaqyla berkata...

bhahhh!!~~ seram tol!!~~


p/s- npe blog ryhan ta leh bukak.. dy da tukar add. ker..??

Syakirah berkata...

Iffah : memang berani pun..

Fieqaqyla : ntahlah.. tak tau lah plak? bukak sekolah, try tanya die..

Ezad Skytech berkata...

heee...pernah jugak jadi macam ni..tengah2 malam pulak tu...nasib baik fon dekat sebelah je masa tu..boleh la on balik suis tu..heee~

Syakirah berkata...

Ezad Skytech : nasib baik ade fon kat sebelah.. tp, nasib sy yg tak berapa baik... fon pun tak jumpa.. huhu

Ezad Skytech berkata...

hee...yang peliknya..takde angin..takde ribut..boleh kena tendang pulak suis tu...huhu~

memang jalan pun menggagau je la kan dalam gelap...takkan nak duduk dalam gelap pulak kan...hee~

Syakirah berkata...

Ezad : waktu tu hujan lebat... memang lah.. jalan mengagau ajela.. nasib baik tak tersadung.. hehe

Pacek ABU sifir berkata...

lepas neh kena stand by lilin la..*___*

Syakirah berkata...

Pacek ABU: betul2!