Khamis, 8 November 2012

farewell convent..

Assalamualaikum!

hailaaa... acano aku nak buat reaksi esok? buntu ni! sedih jugak nak pisah dengan diaorang. 2 tahun (tak sampai) aku dekat sana. kawan kat sana, sangat sangat sporting dan best! esok hari last jumpa dengan kawan-kawan.. lepas ni, tak tahu boleh jumpa lagi ke tak.

nanti, mesti aku rindu dengan
- akma. budak yang sangat sensetip dengan muka. HAHA
- hanani 'tenggiling'. tenggiling-tenggiling dia nipun, pandai buat kek tau! kek dia sedap! tapi, sekali jer aku rasa kek dia.
- adilla. budak yang rehat dan balik awal. HEHE
- izza. tak suka orang peluk2 dia.
- zafirah a.k.a piranha a.k.a mak jemah
mimi (yang sangat gila-gila)
- haslin .susah nak senyum, tapi dengan aku lah. bila dia dapat ketawa, bergegar dunia!
- nisa. sangat update bila pasal tudung-tudung segala ni!
- balqis .ketua kelas, tahun depan jadi pengawas. tahniah!
- zuhaiqa. bakal ketua kelas tahun depan.
- chinese girl
- kausalyaa . my assistant. HEHE
- qila a.k.a qilaferri . nanti mesti aku rindu dengan panggilan 'GEMIK' lagi. pasti.
- dan kawan-kawan yang lain. nak mention satu-satu , letih. HEHE


banyak pengalaman yang best dekat sana. sebenarnya, aku bukanlah dari sekolah convent rendah. sekolah rendah aku dekat tempat lain. gementar jugak bila sampai sekolah sana. tengok semua perempuan kan. maklumlah aku sekolah campur kan. tambah-tambah budak kat sini pandai-pandai belaka kan? lagilah aku rasa kerdil. nasib baiklah, kawan-kawan kat sini sangat happening, peramah dan sporting. taklah rasa kekok sangat.


terima kasih korang sebab tak sombong dengan aku. tolong aku waktu aku 'sesungut' teruk hari tu. habis badan aku jadi mangsa tangan korang. korang urut memang superbb.. tapi, geli sikit. sikit jelah. HAHA.. letakkan minyak bam yang panas melecur tu. siryes, aku trauma pakai minyak bam. HEHE.. tolong tunggu aku, dekat longkang tu. dan sembang-sembang sambil ketawa. buat aku hilang tension. terima kasih sangat-sangat. aku appreciate sangat.

aku akan rindukan kawan-kawan pengawas and junior yang sangat 'degil' dan manja. haih.. fatin nabila jaafar (nama penuh lagi tu)  , tolong jangan lupa makan ubat. don't ever give up. kalau sakit, cakap kat orang. jangan pendam sorang-sorang. lepas ni, kita tak boleh suruh kamu makan ubat macam selalu dah. kita sayang kamu sangat. bye kembar.. :(  lepas ni, takdelah aku nak menjerit-jerit lagi kat assembly lagi. takdelah marah-marah. takdelah jadi K.P lagi. dan, takdelah banyak dosa aku sebab orang menyampah dengan aku. HEHE

and... Nurafiqah Aqylla bt. Rosdy b. Abdullah. amek kau! aku tak taulah kau baca ke tak post aku ni. sebab, sekarang kau jarang blogwalking lagi kan. ok, aku akan rindukan panggilan 'GEMIK' yang aku sendiri pun tak tau apa maksudya. kau pun tak tau kan? bengong! weh, nantikan aku nak share apa2 dekat sape? kau je tahu luar dalam aku. dengan kau je aku boleh 'over' dan gila gila.

 haish.. kita dari lain kelas, tapi sama bus. aku pun tak taulah camne aku boleh kamceng dengan kau, padahal kau ni 'pendiam' jer bila first time aku jumpa kau. tapi, bila aku dah kenal kau, aku tarik baik perkataan 'pendiam' tu. kau memang gila-gila. thank you sebab ajarkan aku cara nak buat 'tali' tu, walaupun kau bukan 'cikgu' yang baik. garang gila!  and, thank you sebab jadi mesin lepas geram aku.HAHA.. thank you jugak sebab jadi best buddy aku! aku akan jadi awkward bila time balik nanti. should i hug you? yang pasti aku akan rindukan kau!

akma, nani, izza, adilla. huh.. aku tak tau nak cerita apa pasal korang. tq, sebab jadi kawan aku. akma... kita sayang kamu. jangan risau sangat pasal muka tu. kamu dah cantik. nani, esok pastikan bawak kek untuk kita.


BYE.


Sabtu, 3 November 2012

roller coaster

Assalamualaikum!

aku nak start pun tak tau camne. lama sangat tak menaip untuk menge-post. Apakah?? lantaklah. hari ni aku saja suka-suki nak ceritakan pasal roller coaster dan permainan yang aku pernah naik. daripada kosong je kan? alahai... tapi yang pastinya, aku bukan nak cerita pasal roller coaster yang ini   ....





sedapnye kalau dapat makan ni.. nyum..nyum.. letak kat jari keropok tu, jadikan ala-ala cincin.. berlagak jadi oghang kaya! kelas kau.. aku ada seploh cincin, kau ADA?? 



sebenarnya, aku ni bukan jenis yang berani sangat. tapi, bab-bab naik roller coaster, aku on. tambah2 bila nampak roller coaster yang jenis tinggi dan jatuh menjunam tu! ohoiii... boleh aku naik sekarang?? 


tapi, aku yang aku ingat bila aku naik space shot ni, waktu dia turun ke bawah, aku rasa macam,  'weh, perut, buah pinggang dan badan  aku pergi mana?!! mana??!!  waaa!!!!!' 






yang pastinya, ini bukan roller coaster. ni space shot kot? tak silap aku. waktu aku pergi genting berapa tahun yang lepas, konon-kononnya nak tunjuk terer lah kan, sebab aku sorang je  yang berani naik benda alah ni. ayah dgn ibu dah bagi excuse awal2. Irfan pulak, tak cukup tinggi.


masa tengah duduk dekat seat tu, jantung dah dupdap,dupdap dah. tambah-tambah, kiri kanan aku abang hensem duduk kan, lagilah.. HAHA.. first-first kontrol lah kan. tak nak nampak gabra sangat. tapi, bila benda tu makin naik, mulut terkumat-kamit baca doa. doa makan pun aku baca sekali! kebetulan waktu naik, kabus tebal. memang tak nampak apa-apa lah. putih jer.


waktu naik tu, macam-macam bunyi dengar yang buat aku hilang konfiden. kreet..treet..krekk... semua ada. pastu, bila dah sampai atas, dia berhenti. kitaorang kat atas tu relax lagi lah kan.. sekali, tanpa sebarang signal atau siren, dia terus terjun menunam! waaaa!!! 'ibu.. tak nak naik..' masa tu, tak de dah nak kontrol ayu bagai. aku menjerit sekuat hati. lantak lah orang nak kata apa. tapi, diaorang pun nak kata apa kan, diaorang punya jerit boleh dengar satu genting. 


seterusnya,

Human & Cylon



ni dekat singapore. sebenarnya, ini  ada dua track roller coaster. aku naik dua-dua. yang warna biru - CYCLON . yang merah - HUMAN. tapi aku rasa yang CYCLON ni lagi mencabar. sebabnya, dia terbalik. kepala bawah, kaki atas. best gilerr.. 

tempat beratur dia dua tempat yang berbeza. tempat beratur untuk CYCLON ni, ada usus-usus alien tersekat kat dinding. macam tulah kot. yang best nya, waktu nak duduk dekat seat tu, pekerja2 yang jaga kat sana sangat supportive dan friendly. masa nak ber'lepas' dia buat gaya thumbs up.




masa dia  mula bergerak tu, dah mula teruja dah. dia bergerak sangat sangat laju. sampai aku rasa benda tu nak tercabut dah. tambah-tambah bila part dia pusing turun bawah, rasa macam kepala dan kaki nak terkena lantai dah. mulut menjerit, dalam hati, ' wei, dekatnya lantai tu.. jauhlah sikit..  janganlah terhenyak kat sini..  janganlah.. tolonglah, jangan.. '


bila dah men'darat' ,  pekerja kat sana tepuk tangan.. rasa macam diri ini dihargai je.. HAHA.. padahal naik roller coaster je pun.




oklah, sampai kat sini saja post aku kali ini. nak harap post yang seterusnya, tak payah lah. berjanggut tunggu. maklumlah, aku nikan jenis penyegan sikit nak buat post baru. harap maklum. HEHE.. 

Assalamualaikum.