Sabtu, 3 November 2012

roller coaster

Assalamualaikum!

aku nak start pun tak tau camne. lama sangat tak menaip untuk menge-post. Apakah?? lantaklah. hari ni aku saja suka-suki nak ceritakan pasal roller coaster dan permainan yang aku pernah naik. daripada kosong je kan? alahai... tapi yang pastinya, aku bukan nak cerita pasal roller coaster yang ini   ....





sedapnye kalau dapat makan ni.. nyum..nyum.. letak kat jari keropok tu, jadikan ala-ala cincin.. berlagak jadi oghang kaya! kelas kau.. aku ada seploh cincin, kau ADA?? 



sebenarnya, aku ni bukan jenis yang berani sangat. tapi, bab-bab naik roller coaster, aku on. tambah2 bila nampak roller coaster yang jenis tinggi dan jatuh menjunam tu! ohoiii... boleh aku naik sekarang?? 


tapi, aku yang aku ingat bila aku naik space shot ni, waktu dia turun ke bawah, aku rasa macam,  'weh, perut, buah pinggang dan badan  aku pergi mana?!! mana??!!  waaa!!!!!' 






yang pastinya, ini bukan roller coaster. ni space shot kot? tak silap aku. waktu aku pergi genting berapa tahun yang lepas, konon-kononnya nak tunjuk terer lah kan, sebab aku sorang je  yang berani naik benda alah ni. ayah dgn ibu dah bagi excuse awal2. Irfan pulak, tak cukup tinggi.


masa tengah duduk dekat seat tu, jantung dah dupdap,dupdap dah. tambah-tambah, kiri kanan aku abang hensem duduk kan, lagilah.. HAHA.. first-first kontrol lah kan. tak nak nampak gabra sangat. tapi, bila benda tu makin naik, mulut terkumat-kamit baca doa. doa makan pun aku baca sekali! kebetulan waktu naik, kabus tebal. memang tak nampak apa-apa lah. putih jer.


waktu naik tu, macam-macam bunyi dengar yang buat aku hilang konfiden. kreet..treet..krekk... semua ada. pastu, bila dah sampai atas, dia berhenti. kitaorang kat atas tu relax lagi lah kan.. sekali, tanpa sebarang signal atau siren, dia terus terjun menunam! waaaa!!! 'ibu.. tak nak naik..' masa tu, tak de dah nak kontrol ayu bagai. aku menjerit sekuat hati. lantak lah orang nak kata apa. tapi, diaorang pun nak kata apa kan, diaorang punya jerit boleh dengar satu genting. 


seterusnya,

Human & Cylon



ni dekat singapore. sebenarnya, ini  ada dua track roller coaster. aku naik dua-dua. yang warna biru - CYCLON . yang merah - HUMAN. tapi aku rasa yang CYCLON ni lagi mencabar. sebabnya, dia terbalik. kepala bawah, kaki atas. best gilerr.. 

tempat beratur dia dua tempat yang berbeza. tempat beratur untuk CYCLON ni, ada usus-usus alien tersekat kat dinding. macam tulah kot. yang best nya, waktu nak duduk dekat seat tu, pekerja2 yang jaga kat sana sangat supportive dan friendly. masa nak ber'lepas' dia buat gaya thumbs up.




masa dia  mula bergerak tu, dah mula teruja dah. dia bergerak sangat sangat laju. sampai aku rasa benda tu nak tercabut dah. tambah-tambah bila part dia pusing turun bawah, rasa macam kepala dan kaki nak terkena lantai dah. mulut menjerit, dalam hati, ' wei, dekatnya lantai tu.. jauhlah sikit..  janganlah terhenyak kat sini..  janganlah.. tolonglah, jangan.. '


bila dah men'darat' ,  pekerja kat sana tepuk tangan.. rasa macam diri ini dihargai je.. HAHA.. padahal naik roller coaster je pun.




oklah, sampai kat sini saja post aku kali ini. nak harap post yang seterusnya, tak payah lah. berjanggut tunggu. maklumlah, aku nikan jenis penyegan sikit nak buat post baru. harap maklum. HEHE.. 

Assalamualaikum.

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Ohoho! ade orang tu CONTROL AYU weh! wauzess!berita hangit


-IK-