Sabtu, 12 Januari 2013

suasana baru pada tahun baru tercatat di entri baru

Assalamualaikum!



ehem.. ehem.. huh! semangat berkobar-kobar. entri yang pertama pada tahun 2013. padahal aku jeles dengan kazen aku yang buat entri baru! haha. berblogging ni macam musim bagi aku. rasa rajin nak menaip, maka, seminggu dua memanjang ada entri baru. rasa malas tahap babun, bersawang dia 2,3 bulan. berblogging ni ikut  mood okay!



tahun baru , suasana baru , tempat baru , sekolah baru , baju baru , dan segala-galanya baru. memang sedih tinggalkan convent. dulu sebelum last-day aku dah janji, hari terakhir kat convent - no tears. malang sekali, aku kalah. semua sebab kawan yang nak jiwang-jiwang ni. keluar segala ayat mintak pelempang, ayat sedih. aku ni lemah semangat kan , menangis bagai nak rak lah! okay, cerita tu dah habis. TUTUP.



ni, teman nak ber-story cerita teman dekat sekolah baru. hari pertama sekolah, aku punyalah bersemangat bangun jam 0550. tak pernah-pernah aku bangun seawal tu. maklumlah, sebelum ni sekolah petang kan. bila sampai sekolah baru, jantung dah dup-dap-dup-dap. macam nak kena inject. kena daftar dulu. alohai.. ramai pulakk yang nak mendaftar. relax , cool. aku berlagak biasa jer depan ibu. Fathin kau kena jadi rock. apa barang nak nervous-nervous ni kan? sempat lagi nak control macho engko..



lepas dah settle semua, aku ikut guru kelas pergi kelas. tingkat 3. sekolah ni besar. bila sampai kelas, guru kelas aku pass aku dekat cikgu S dekat kelas. bila aku masuk kelas, OH CRAPPP! semua orang dok pandang aku lain macam. dalam hati deme "huh! budak baru." . lantaklah kan apa deme nak cakap. ada aku k? lepas tu, cikgu tanya,



 "nama hang sapa?" lahh.. oghang utagha ka?

 " Fathin. " aku jawab perlahan. cikgu S sorang jaa dengaq.

 " apa dia? cuba cakap kat kawan kamu ni. "

 " Fathin. " lebih kuat. hambik !  keluar sudah aura bekas ketua pengawas. hihi

 " tu diaa.. kuat suara dia. korang semua jaga-jaga, jangan main-main. karang dia tempeleng kepala korang free-free  jaa. " aku ketawa. cikgu ni kelakar. aku suka!



habis part perkenal kan diri semua. aku pun duduk pegi ke tempt duduk aku. adat orang datang kemudian, bahagian belakang ajalah tempatnya. sebelah kerusi aku kosong. selang sebelah, barisan pelajar laki. gawat ni! aku jadi sensetip sikit bila tang kaum lain jantina ni. padahal, mamat dengan ayah kat rumah bukan laki? maklumlah, bekas pelajar convent kan. gerek kau paten! 



tiba waktu rehat. 'ah sudah! aku nak rehat camno? perut dah kriuuk-kriakk dah ni. kantin pun haram aku tak tau! tolong lah somebody ajak aku rehat'. mujuuur ada somebody ajak aku rehat. bila dah ada orang ajak, aku pulak banyak songeh nak pegi toilet. dari pagi aku tahan. nasib kaulah 'kenalan'.. janji, aku nak melepaskan hajat dulu. selepas semuanya selesai, ecewahhh... ayat kau kelas gituh! aku dengan 'kenalan baru' pegi ke kantin.  sampai kantin, mak aihh.. banyak beno manusianya. 'tabahkan diri kau paten. kau kena dapatkan makanan. ini semua dugaan' aku pun gagahkan diri pergi beratur. roti je yang sempat aku capai. nasib..



tiba di meja makan, kawan kepada 'kenalan' aku tu semua ada kat sana. geng dia. okay, time ni aku rasa awkward gila. aku makan sambil berdiri dan dengar apa diaorang cakapkan. bila lawak, aku sengih senget. bila diaorang serius , mata aku melilau ke tempat lain. nak masuk karang takut menggangu pulak kan. adalah sorang dua yang tegur aku. itu pun dah bersyukur. tapi nak mengingatkan nama diaorang, memang aku fail. time tu, aku memang rindu kan kawan-kawan dekat convent. biasanya waktu rehat, kitaorang akan duduk ramai-ramai dan bersembang, hu-ha-hu-ha. dan biasanya, suara aku paling kepoh dekat meja tu. lepas pelajar turun, kitaorang gerak. pergi tugas masing-masing. 



bila rehat habis, semua pelajar berpusu-pusu naik tangga. baik lelaki mahupun perempuan. azab..  'kenalan baru' aku dah jalan dulu dengan geng2 dia. tinggal aku kat belakang. belakang aku budak lelaki f4, f5 mungkin. siap menyanyi lagi kau! nak lepas gian depan kawan-kawan lah tu. dalam hati 'cepat jalan, cepat jalan paten. weh korang.. jangan tinggal aku.!' sampai kelas.. LEGA!



huh! perjalanan hari pertama amat menyeramkan. semua baru. aku kena biasakan diri. insyaAllah. kenapa aku panggil somebody yang ajak aku pergi rehat tu sebagai 'kenalan' ? sebab, 



peringkat pertama adalah kenalan. aku baru nak kenal-kenal dengan dia dulu. tanya nama? tinggal mana, etc.
peringkat kedua, kawan. boleh bersembang macam orang kurang normal. share apa-apa. duk semeja.
peringkat ketiga, bff. ni yang tau luar dalam kiri kanan depan belakang aku. orang cenggini susah nak cari. 



sebelum aku terlupa, aku nak promote belog kazen aku ni. aku tak paham dengan dia ni sebenarnya. sekejap angin dia nak berblogging. kejap dibiarkan belognya. *sama lah kitew.. wkwkwk .. masuk ni dah berapa kali dia tukar website. lantak kau lah pah oii.. 




# do add do talk. eh silap. tu ayat pesbuk. do press.. umm. do.. do.. doing!!! entahlah apa. ko sambung jelah ayat seterusnya. maleh aku nak pikir. ada aku kesah?

-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-

 tekan link tu, kau tak jumpa. ni link sebetoinya.


# hamboi. kelas nama website kau! ni aku jeles ni. haha. jangat hangat-hangat tahi kerbau ye kazen. jangan macam aku. aku ni lain. special case.