Khamis, 21 Mac 2013

kema, i need you!

Assalamualaikum!

aku dalam dilema. aku dah sesuai dengan suasana baru ni. sekolah, kawan-kawan dan cikgu. tapi, apabila disuruh buat pilihan untuk stay, atau ikut ayah memang susah. aku dah timbang baik buruknya. rasionalnya, ikut ayah is better. family mesti duduk sekali. susah senang bersama. walaupun rumah kecik ke apa ke, aku tak kesah. tapi,tapi,tapiii.. bukan sebab tu aku taknak ikut. banyak kali ayah tanya pendapat aku. aku tak tahu nak cakap apa. sebaliknya, aku akan baca buku. kalau ada pen atau pensil kat tangan aku akan mula menconteng itu dan ini. aku paling nak mengelak apabila diberi pilihan untuk ikut atau stay. ya, kesian ayah duk sorang. nanti ayah balik rumah sorang2 je. aku fikir semua tu. masa pindah sini, aku ikut walaupun sedih nak tinggal kawan dan convent.

susah sebenarnya aku nak 'adapt' dengan suasana baru. walaupun Kema cakap aku ni jenis peramah dan  sporting tapi aku masih ada perasaan 'shy shy cat'. you know? aku dah puas fikir, tapi takde jawapan. mula-mula dulu aku cakap aku taknak. but, ayah keep asking me. at the end, bila ayah tanya aku akan jawab ''tak tahu'' atau senyap sambil tersengih. sampai ayah fed-up lepas tu aku akan naik masuk bilik. ya, lari daripada pertanyaan bukan penyelesaian. eh?

ayah kena pergi sana bulan 4 ni. sekarang dah akhir bulan 3. hailaaaaaa