Khamis, 17 Julai 2014

kronologi yang tak tersusun :P

Assalamualaikum!

hahaha.. lama tak menulis. rasanya macam aku dah lupa pasal blog ni. bila insyirah tanya baru aku teringat ohh ada blog rupaya aku ni. waktu tekan new post tadi mua fikir nak cerita apa kat sini. rutin hidup aku biasa je. membosankan pun ada. balik sekolah, solat pastu tidur. kadang tidur dulu baru solat. bila dah form 4 ni memang penat. aku rasa macam nak balik waktu form 3 balik. pmr pun pmr lah..

qylla kata aku ni nomad. tiap dua tahun pindah. lepas ni. hmmm.. bila dah banyak kali pindah rasa dah macam takde effect. aku still contact dengan qylla and kema. dua orang tu je dari convent. yang lain dah buat haluan masing2. lepas pmr, ramai classmate aku dulu dapat straight a's so masing2 pakat keluar dari convent. in fact, waktu aku kat ipoh pun jarang contact. macam awkward pun ada.

qylla masih qylla yang dulu. makcik ni je stay kat convent dan perangai hampeh macam dulu. kalau aku tak buat first move, memang berkurunlah tak bercakap dengan dia. first move tu macam pelik, kiranya  aku jelah yang kena call dulu. makcik tu sayang sangat kredit dia padahal pakai line kot. and bila call, dia macam tak fokus, rasa sakit hati pun ada. nak buat camno kan, perangai dia sejak azali cenggitu.

kema, dah masuk mrsm. sian aku dengan dia tu. sejak masuk asrama aku jarang dapat cakap dengan dia. kalau dulu, dalam seminggu tu kadang tiga empat kali call. macam orang bercinta pun ada. tapi aku dengan dia tak bercintalah. huihhh selisih malaikat 44! hahaha..

bila dah form 4 ni lagi stress. homework tak banyak tapi sekali dapat memang bertimbun. aku ambil aliran sains. pening memang pening. tapi aku suka. nak jadi doktor kena suka. ok ayat pelik. lantaklah.

so, aku nak cerita first day sekolah tahun ni. hahaha. aku rasa macam pindah balik tahun ni. satu lagi, waktu ambil result pmr dulu rasa macam takde feel tau. yelah, aku ni macam calon tumpang sebab aku daftar kat ipoh and ambil exam dekat sini. aku dikira calon sana, jadi result kenalah ambil kat sana. al kisahnya, kitaorang bertolak dari sini pagi tu, dalam perjalanan aku sibuk dok tengok running man kat phone. oh ye aku dah mula eh bukan mula, lama dah sebenarnya minat korea ni. k-drama and running man. k-pop tu tk sangat sebabnya, kureng sikit dengar2 lagu ni. bingit. pelik tau, dulu aku ni dikira macam anti lah, tapi itu duluuu..aku minat lepas baik dari korea haritu.

dijadikan cerita, ada satu hari tu, aku tertekan astro channel 393. one hd.waktu tu running man tengah main. start dari tu aku minat running man lepas tu drama korea. tapi aku ni macam pelik sikit lah, aku tak minat orang yang ramai orang minat. faham tak? tak kan? ok, takyah faham.. haha

sambung balik, dipendekkan cerita malas sebenarnya nak type panjang2. masa aku sampai sekolah sana, semua orang dah ambil result diaorang. aku je macam terumbang-ambing 'esult nak ambil kat mana?' aku dah lah ingat tak ingat je kawan2 lama ni. yelah, kenalpun 4 bulan so what do you expect kan? waktu nak ambil result, cikgu pun bagi slip dan cakap tahniah. tak macam upsr dulu. dapat result waktu sekolah, sebelum dapat result tu nangis dulu. takut. pastu cikgu umum satu2. baru ada feel kan. ni hmmm.. tak dapat dengar pengetua umum guna mikrofon. haha.. waktu aku nak ambil result tu, kawan2 kat sini dah start call  tanya aku dapat berapa. alhamdulillah, dapat straight a's..

nak sambung ke tak? ok balik pada yang aku cakap macam pindah lagi sekali tu. banyak beno menyimpangnya. waktu form 4, kawan2 aku, hanim, intan, ain semua dah dapat kelas. aku je macam dipinggirkan. yelah, nama kita mana ada dalam senarai kelas kan. hanim dapat kelas akaun. intan dengan ain kelas sains, tapi lepas tu intan pindah sekelas dengan hanim. dia drop sains ambil akaun. ain pulak dia berapa bulan lepas tu tukar perdagangan. aku?? hmm. bila dah settle dengan cikgu, aku dapat kelas alfa. dalam kelas tu sorang pun aku tak kenal. ok tipulah kalau tak kenal kan. kenal2 gitu je. muka je kenal. cakap sekali dua, nama tak tahu. jadi macam loner kot.

walaupun satu sekolah, dulu waktu form 3 kelas lain2. nasib baiklah diaorng semua sporting. waktu first time masuk, kelas tu memang padat. macam tin sardin. lepas semua asrama, kelas kitaoranglah antara kelas yang paling sikit pelajar. rasa tenang lah sikit. dan aku ditakdirkan duduk dengan insyirah. dua2 kaki korea memang ngamlah. haha. mula2 tu dia macam scary sikit. pendiam je. aku ni pulak mulut asyik nak bercakap je kan. lama-lama oklah. pendiam bergabung dengan spesis yg banyak cakap memang meletop lah kan. tapi dia ni  memang bukan jenis pendiam. tapi dia sebenarnya spesis yang sama dengan aku. ahakksss.. lagi rancak lah aku!hihi

sejak aku minat cerita korea, running man ni kerja aku mendownload je. jadi macam satu penyakit tau. tak taulah bila boleh baik. minat aku kat novel semakin pudar. habis.. sekarang satu novel pun ambil masa sebulan untuk habiskan. kesian sayang-sayang aku tu. sudah lama ditinggalkan. nanti bila aku dah boring dengan korea ni aku cari kau balik ye..

okay.. kettttt!!